cp 160

1.5K 281 17
                                    

Mata aku sikit demi sedikit mula terbuka kembali. Atap putih tepat berada di atas aku adalah benda pertama yang aku tatap. Sekarang aku sudah berada di dalam bilik ini semula.

Apa sudah jadi pada aku? Ingatan aku mula samar-samar. Apa yang aku ingat hanyalah aku melihat gambar dia ruang tamu rumah ini dan selepas itu aku langsung tidak ingat apa-apa lagi.

Aku cuba bangun dari baring itu lalu menyandar di kepala katil ini sambil mata aku memandang ke sekeliling mencari sosok dewi itu namun tidak kelihatan. Biasanya dia akan ada tetapi kenapa hari ini tiada pula?

Mungkin dia sibuk tetapi apa kerja dia. Setiap kali aku melihat dia, dia tidak pernah kelihatan seperti melakukan kerja. Malah aku tidak tahu dia adalah dewi apa.

"Cik."

Tiba aku terdengar suara Lexu dari dalam kepala aku. Itu adalah sihir komunikasi.

"Ada apa-apa terjadi ke, Lexu?" Soal aku.

"Cik, tuan Nale dalam masalah sekarang."

"Apa! Kenapa dengan dia?" Aku terkejut mendengar hal itu.

Nale ada masalah. Apa sudah jadi pada dia? Aku mesti tahu sekarang juga.

"Tuan Nale sedang berkeras untuk mencari cik. Kami sudah berusaha untuk menghalang dia tapi kami takut dia akan menentang kami. Tuan Nale memang sangat risaukan cik. Dia mungkin akan hilang kawalan kalau cik tidak muncul sekarang."

Bahaya.

Itu sangat bahaya. Aku tidak boleh biarkan Nale terlepas kendali dan itu juga bermakna aku terpaksa kembali ke sana dengan segera.

Tetapi untuk aku melakukan sihir kuat seperti telepotasi adalah sangat bahaya. Mana aku masih lagi belum pulih.

Aku sekarang bingung mahu lakukan apa lagi. Bagaimana aku mahu kembali dan berjumpa Nale kalau terus begini.

Sambil kepala aku sibuk memikirkan hal itu, tiba aku terlihat rantai yang sedang aku gunakan sekarang. Rantai pemberian tuan Ryzel yang telah menyelamatkan aku sebanyak dua kali.

Seingat aku rantai ini yang membawa aku ke sini. Sihir yang hadir pada hari itu adalah sihir telepotasi dan itu bermakna rantai ini ada sihir telepotasi. Aku mungkin boleh gunakan rantai sekarang.

"Kau cuba tenangkan Nale, nanti aku akan cuba balik ke sana," arah aku sebelum panggilan itu dibatalkan.

Aku berdiri dari katil ini lalu berjalan menuju ke tengah bilik. Rantai tadi digenggam oleh aku dengan kuat sambil aku cuba berharap di sakan hati supaya rantai itu berfungsi seperti mana aku mahu.

Aku tidak tahu bagaimana mahu menggunakannya jadi aku hanya berbuat begini. Aku pernah baca kalau sebuah alat sihir itu bergerak melalui hati pemakainya, jadi aku berbuat begitu agar rantai itu berfungsi seperti mana aku mahu.

Beberapa saat aku berbuat begitu, secara tiba muncul satu lingkaran sihir mengelilingi aku. Itu adalah lingkaran sihir yang sama menyelamatkan aku dahulu.

Aku tersenyum lalu dengan tenang aku cuba pula memikirkan lokasi yang ingin aku pergi dan tanpa menunggu beberapa minit pun, lokasi aku sudah bertukar pergi ke hadapan pintu menara sihir.

.
.
.
.
.

"Kau ke tepi. Aku nak cari kakak!" Arah Nale dengan nada yang marah pada Norn.

Sekarang hatinya memang tidak tenang setelah mendengar apa yang sudah berlaku sejak malam itu. Dia marah dan pada masa yang sama risau akan keselamatan kakaknya itu.

Kalau ada apa-apa terjadi pada kakaknya dia memang akan hilang kawalan dan yang lebih teruk dia akan mula menyerang satu negara ini dengan kuasanya sendiri.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now