Penerangan 6.0 (Arc)

710 113 0
                                    

Memandangkan cerita ni panjang sangat dan banyak arc yang ada, jadi sini aku akan beri senarai arc bersama chapter untuk korang rujuk kalau korang nak balik balik arc tu. Aku juga akan terangkan sedikit tentang arc tu.

.

.

1. Dark beast arc (cp 16-20)

Arc ini menceritakan tentang penyerangan haiwan dari hutan kegelapan yang tiba-tiba sahaja keluar dari hutan tersebut dan bertindak liar menyerang penduduk Verish. 

.

2. Magic forest arc (cp 40-44)

Arc yang menceritakan tentang limpahan sihir dimana Irene membuat perjanjian sama pokok limpahan sihir untuk membetulkan putaran malam sihir yang tidak teratur. Waktu itu watak dewi Sariel mula diperkenalkan dan selepas kejadian itu Irene mula tahu rahsia kematian ibu dia.

.

3. Sylvaine arc (cp 79-100)

Kisah Irene dan Noir yang ingin pergi ke hutan Sylvaine untuk mendapatkan kekuatan sihir dan mencari cara untuk mengawal sihir Derain. Di arc ini, banyak watak baru telah diperkenalkan seperti tuan Kovu yang merupakan bekas penyihir agung menara sihir kesucian, Vivre si dewa kematian dan Sylvaine yang merupakan penjaga hutan Sylvaine. Di arc ini juga kita dapat tahu identiti sebenar Noir selama ini.

.

4. Demon door arc (cp 107-112)

Menceritakan kisah bagaimana Irene dan Noir cuba hancurkan pintu iblis. Di arc ini kita boleh jumpa Ryzel yang sudah lama tidak keluar dari cerita ini.

.

5. Foreign memory arc (cp 131-141)- 2nd season

Terjadi ketika hari pemburuan diraja. Irene mengesan ada sihir asing dari hutan tersebut dan memutuskan untuk memeriksanya. Sampai di sana, dia terpisah sama Noir dan Nale akibat kehadiran puting beliung yang menyerang mereka. 

Irene yang terpisah itu terjumpa sebuah rumah agam usang dan di sana dia mendapat pelbagai memori asing yang bukan miliknya. Manakala Noir dan Nal pula bersama terjumpa pokok memori dunia yang menyimpan segala memori di dunia ini. Di sana mereka telah melihat masa silam Irene yang kejam tersebut.

.

6. Slander arc (cp 147-156)

Arc yang menceritakan penyerangan secara tiba di majlis diraja dan Irene di fitnah atas seranggan tersebut. Irene dipenjarakan dan hampir diberi hukuman menggunakan rantai sihir namun dia berjaya melarikan diri. Di sini juga dia tahu bahawa Noir penyebab masa dia telah diputarkan.

.

7. Black dragon arc (cp 164-167)

Arc ini berlaku apabila Irene sedar bahawa teras sihir dia sudah rosak dan untuk membaikinya dia mesti gunakan air mata naga hitam. Di sini, kita boleh jumpa Zaon si naga hitan yang merupakan rakan Ryzel dahulu. Arc ini agak sedih kerana menceritakan bagaimana hubungan persahabatan naga itu bersama Ryzel yang sungguh kukuh. 

.

8. Spirit arc (cp 173-184)

Arc dimana Irene mula menyerang kem tempat penyimpanan haiwan spirit raja sampah itu dan pada masa yang sama Noir cuba mengungkap kes perhambaan haram yang berlaku di negara itu.

Arc dimana Irene mula menyerang kem tempat penyimpanan haiwan spirit raja sampah itu dan pada masa yang sama Noir cuba mengungkap kes perhambaan haram yang berlaku di negara itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Itu sahaja. Untuk Arc season 3 nanti akan banyak sikit. Also season 3 akan pub pada Sabtu ini.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now