cp 79

1.9K 324 4
                                    

Aku duduk melihat tubuh Nale yang terbaring tidak sedarkan diri di atas katil itu. Aku pasrah dengan diri ini sekarang.

Sudah 3 hari aku cuba cari cara untuk kawal kekuatan sihir Nale yang meluap banyak itu namun semuanya gagal. Aku sudah tidak tahu mahu berbuat apa sekarang. Tak kan aku mahu biarkan budak ini begini sahaja.

Lagi pula sihir yang aku gunakan untuk tidurkan Nale tidak akan bertahan lama. Kalau aku tidak cari caranya nanti Nale akan terbangun dan perkara yang sama akan terjadi.

Kenapa semua ini mesti berlaku sekarang? Tidak tenang hati aku menghadapi semua ini. Aku sepatutnya lebih peka ketika mengajar Nale sihir.

Sihir Nale semakin kuat ketika aku mengajarnya kerana dia sudah ada kesan untuk menerima sihir kuat Derain tapi aku tidak tahu semua itu sehingga membuat budak ini dalam bahaya.

"Maafkan kakak, Nale," ujar perlahan aku sambil memandang sayu dirinya.

Mata yang tertutup itu membuat aku terasa sakit. Dia tidak tahu apa yang terjadi dan dipaksa untuk tidur oleh aku. Bukankah itu satu keputusan yang penting diri sendiri. Nale juga rasanya tidak mahu terus tidur begini.

Kling!

Tiba aku merasakan sesuatu memanggil aku. Tangan aku diangkat lalu keluar satu alat komunikasi yang aku dapat dari putera Noir.

Batu itu menyala bermakna putera sedang menghubungi aku. Aku menyentuh batu itu lalu aku boleh lihat mukanya dibalik batu tadi.

"Selamat pagi, putera," ucap aku.

"Selamat pagi. Bagaimana keadaan Nale sekarang? Apa awak sudah jumpa cara untuk kawal sihir dia?" Soal putera itu.

Aku hanya menggelangkan kepala menjawab soalan tadi. Air muka putera berubah menjadi risau. Mesti dia risuakan Nale kerana kejadian hari itu dia juga ada.

"Kalau begitu, untik esok awak tak perlu pergi sama saya. Awak boleh jaga Nale sahaja," ujarnya membuat aku teringat sesuatu.

Seingat aku esok adalah kami berdua akan pergi ke hutan Sylvaine untuk cari tahu tentang mitos itu. Aku sudah janji dengannya 3 hari lepas.

Dan seingat aku juga dekat sana ada satu tasik sihir yang tidak pernah diterokai oleh manusia. Dikatakan juga tasik itu ada penjaganya sendiri.

Kalau aku pergi ke situ mungkin aku boleh tahu tentang cara untuk kawal sihir Nale. Tasik itu adalah tasik yang dijaga oleh dewa kegelapan, jadi kalau aku cuba bertanya aku mungkin boleh mendapat jawapannya.

"Tak apa putera, saya kan ikut," ujar aku bersemangat.

"Tapi Nale bagaimana?"

"Saya pergi sama untuk Nale juga. Nanti saya akan arahkan seseorang untuk jaga dia," lebih tepatnya aku arahkan iblis bahawan aku.

"Kalau begitu baiklah. Jumpa awak esok di hujung kota," panggilan tadi terus diputuskan.

Mulut sedikit tersenyum. Aku menggenggam tangan kecil Nale lalu membaca sedikit sihir pelindung. Aku tidak tahu berapa lama aku tiada, jadi sekurangnya ada sihir ini untuk dia.

"Nale, kakak akan cuba cari cara untik selamatkan kamu," ujar perlahan aku.

.
.
.

Time skip

Kuda yang aku naiki bergerak menuju ke satu kawasan di hujung kora ini. Matahari pagi ini terasa tidak terlalu panas membuat aku sedikit beruntung.

Kepala aku diangkat sedikit melihat ke hadapan dan di sana sudah terlihat ada seekor kuda bersama seorang penunggang berjubah hitam menanti aku.

Aku memperlajukan lagi kuda aku mendekati orang itu dan apabila sampai di sampingnya aku memberhentikan kuda ini.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now