cp 25

2.9K 400 16
                                    

Aku berjalan disamping Avar yang asik bersuka ria berjumpa dengan aku itu. Sejak kematian ibu, rasanya aku tidak pernah berjumpa dengan ular ini lagi.

Mesti dia rasa kesunyian sejak aku berhenti datang ke sini. Ketika aku datang kembali pun sudah seperti berjumpa dengan anaknya yang hilang. Ular ini memang sangat menyayangi aku sebagai anak kepada tuannya.

"Avar, kamu boleh kembali ke tempat kamu. Aku akan jumpa kamu lagi," ujar aku sambil mengusap kepala ular putih itu.

Avar menuruti perintah aku lalu kembali ke tasik yang berada di tengah hutan ini.

"Dan Norn, Lexu," panggil aku lalu dua iblis bahawa aku hadir di hadapan aku.

"Ya, cik!" Serentak mereka berkata.

"Perhatikan orang yang masuk hutan tadi. Kalau ada apa-apa terjadi pada mereka cepat lapor kepada aku," arah aku dan dua iblis aku terus bergerak pergi.

Aku meneruskan perjalanan aku pergi ke menara sihir. Hari ini aku sudah berjanji dengan tuan Ryzel untuk memulakan penyiasat aku tentang sihir kegelapan ini.

"Kamu baik juga ya," tiba aku terdengar satu suara menegur aku.

Kaki aku berhenti lalu aku menoleh ke belakang. Agak terkejut aku melihat raja iblis itu berada tepat di belakang aku. Dia mesti gunakan sihirnya datang ke sini.

"Apa maksud tuan?"

"Maksud saya, kamu ni baik juga mahu tolong manusia tadi," terangnya.

Nampaknya dia ada melihat aku menolong putera mahkota dan pengawal tadi. Aku tidak boleh berbohong kalau aku cakap aku tidak tolong mereka.

"Sebenarnya saya tak nak tolong, tapi kalau mereka mati, ianya akan menyusahkan saya balik," jawab aku.

Memang betul hal itu. Kalaulah memang mereka mati, aku adalah orang pertama yang disalahkan kerana ini adalah hutan terlarang dan hanya aku ada di sini ketika mereka berada. Mesti semua kesalahan mereka akan tuju ke aku walaupun aku tidak lakukan.

Negara ini teruk bukan? Yang tak salah, dipersalahkan hanya sebab dia adalah penyihir kegelapan.

"Kalau kamu fikir mereka itu menyusahkan kamu, kamu boleh sahaja bunuh mereka. Manusia lemah tidak boleh melawan kuasa kegelapan," selamba tuan Ryzel berkata.

Memang betul aku boleh bunuh mereka, tetapi mereka itu adalah petunjuk terpenting untuk aku selesai misteri sekarang. Kalau mereka mati sama sahaja semua petunjuk akan hilang.

"Saya akan lakukan semua itu, kalau saya memang sudah tidak tahan," aku bersetuju dengan pendapat tadi.

Walaupun mereka pentunjuk aku, tak semestinya aku boleh tahan dengan sikap mereka. Ada juga nanti aku akan hapuskan mereka semua.

Tuan Ryzel tertawa kecil mendengar ayat aku tadi. Aku tahu semua itu kejam tetapi bagi para iblis seperti dia akan kedengaran lawak. Kalau aku pun akan rasa lawak juga.

Bagi aku perkara kejam lebih menyenangkan daripada melakukan perkara yang baik.

Bruk...

Pintu menara sihir ini terbuka apabila tangan tuan Ryzel menyentuhnya.

"Bagaimana tuan boleh buka pintu ni? Bukankah pintu ini terkunci dengan sihir," soal aku. Dari awal pertemuan aku sudah tertanya hal ini, cuma aku lupa mahu bertanya.

"Awalnya sihir pintu ini dibuat oleh saya dulu, jadi sudah semestinya saya ada kuncinya," lelaki itu mengangkat tangannya sambil menunjukkan satu cincin berwarna merah.

"Awalnya sihir pintu ini dibuat oleh saya dulu, jadi sudah semestinya saya ada kuncinya," lelaki itu mengangkat tangannya sambil menunjukkan satu cincin berwarna merah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now