cp 102

1.8K 302 11
                                    

Kelopak mata aku sikit demi sedikit mula terbuka. Cahaya sikit demi sedikit mula memasuki mata. Atap putih yang sungguh besar dapat aku lihat di hadapan aku kini. Aku di bilik tidur aku ke?

Aku tak ingat apa yang sudah terjadi. Apa yang terjadi lepas aku bercakap sama Nale hari itu?

Yang aku ingat hanyalah badan aku menjadi lemah dan selepas itu aku tidak tahu apa-apa lagi. Tangan aku diangkat lalu aku menyentuh kepala aku yang terasa sedikit sakit ini.

Aku cuba untuk bangun namun terhenti di tengah jalan apabila aku melihat seseorang di tepi katil ini. Orang itu tidak lain tidak bukan adalah Nale.

Dia tertidur nyenyak di sebelah aku sambil memegang tangan kanan aku. Aku tersenyum melihat perlakuan yang sungguh comel itu.

Budak ini mesti sangat risau apabila aku tiba-tiba sahaja pengsan hari itu. Aku tak patut buat dia risau begitu lagi. Mungkin lepas ini aku akan cuba menjaga kesihatan aku supaya aku tak jatuh sakit seperti ini.

"Kakak..."

Aku tersedar Nale sudah mula bangun. Aku menyentuh rambutnya sambil tersenyum. Dalam hati aku berterima kasih sangat kerana ada Nale di sisi aku sekarang.

Biasanya selama ini kalau aku sakit aku selalu berseorangan. Tidak ada sesiapa mahu menemani aku selepas ibu mati. Jadi semua kesakitan yang aku dapat, aku akan tahan sendiri.

Tapi sekarang aku sudah ada orang yang mahu menemani aku tanpa meninggalkan aku sekali pun. Ini mengingatkan aku terhadap ibu yang selalu berada di sisi aku tanpa pernah mengalihkan pandangannya daripada aku.

"Kakak dah sihat ke?" Soalnya.

Aku mengangguk perlahan kepala ini. Walaupun sebenarnya ada sakit sedikit tetapi aku tidak mahu tunjukkannya. Biarlah rahsia sahaja.

Tok! Tok!

Kedengaran pintu bilik ini diketuk. Aku membenarkan orang itu masuk lalu kelihatan Norn yang datang.

"Cik sudah sedar? Apa cik mahu sarapan sekarang?" Soalnya.

Hebat betul iblis bahawan aku ini. Dia seperti tahu-tahu sahaja aku sudah sedarkan diri. Aku tak panggil, dia terus datang.

"Ya, tolong sediakan sarapan sekarang," balas aku.

Iblis itu mengangguk faham lalu terus keluar dari bilik ini. Aku berdiri dari baring aku tadi dan berjalan menuju ke semua cermin yang tidak jauh dari katil ini.

Aku melihat diri ini yang kelihatan sedikit pucat. Apa ini adalah kesan aku tak cukup rehat beberapa hari ini? Agaknya berapa lama sudah aku tak sedar.

Aku seterusnya melihat ke arah Nale yang cuba turun dari katil yang agak tinggi darinya itu. Di telinganya masih terpakai anting-anting yang aku buatkan.

"Nale, ke sini sekejap," panggil aku. Budak itu terus berlari ke arah aku.

Sesampai di hadapan aku, aku terus menudukkan diri setinggi dengannya. Tangan aku menyentuh batu permata hitam yang ada di anting-anting itu.

Dapat aku rasakan ada sihir yang kuat sedang terperangkap di dalam batu ini. Nampaknya batu ini berkerja seperti mana yang aku mahu.

"Kamu ada rasa perubahan tak pada badan kamu?" Soal aku.

"Tak, cuma saya rasa badan saya semakin ringan dan mudah bergerak," balasnya.

Itu kesan yang sangat bagus dari batu ini. Disebabkan sihirnya diperangkap, badannya akan merasa lebih ringan kerana sihir dalam badan dia sudah berkurang. Jadi sekarang dia staminanya mesti akan meningkat juga.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now