cp 110

1.7K 319 32
                                    

"Kalau saya tak sempat keluar nanti, putera tolong terus tinggalkan tempat ini. Putera jangan cuba cari saya," ujarnya aku tersenyum nipis.

Tangan aku menggenggam kuat kerana perasaan takut ini. Sekarang aku berada dalam situasi hidup dan mati. Aku tidak tahu sama ada misi ini akan berjalan lancar atau tidak.

Ada sesuatu yang aku rahsiakan daripada putera Noir. Dan perkara itu adalah keselamatan aku apabila menginjak dunia iblis nanti.

Sebenarnya peluang untuk aku balik semula ke dunia manusia selepas hancurkan pintu iblis sangatlah tipis dan mungkin tidak akan berjaya. Aku sudah kaji segala tentang pintu iblis.

Apabila pintu iblis ini sudah hancur akan ada satu cahaya putih untuk membawa aku balik semula tetapi cahaya iyu hanya boleh membawa seseorang mengikut syarat tertentu dan aku tak tahu apa syaratnya. Aku takut ianya tidak dapat membawa aku balik sehingga menyebabkan aku terus terperangkap di dunia iblis.

Kalau aku terperangkap memang sudah pasti aku akan mati. Manusia tidak dapat hidup di dunia iblis. Jadi sebab itu aku minta padanya untuk terus larikan diri tanpa menunggu mahupun mencari aku lagi.

Aku tahu ini adalah rancangan gila tetapi kalau aku tidak lakukan, habis tu siapa lagi. Ini adalah tanggungjawab aku demi keselamatan negara ini.

"Apa maksud-"

"Selamat tinggal putera," ucap aku lalu terus berlari masuk ke dalam gua.

Aku mengetap bibir aku sambil kaki ini pantas melangkag masuk ke dalam gua. Masuk sahaja aku, aku merasakan sesuatu yang berbeza. Suasananya terasa lain dari tempat aku tadi.

Aku berlari lebih dalam dan akhirnya aku menjumpai satu dinding halimunan. Tangan aku menyentuh dinding itu lalu secara tiba tangan aku menembusinya.

Aku meneguk air liur mencari kekuatan untuk masuk ke dunia iblis. Ini kali pertama aku masuk ke dunia lain, jadi aku mesti bersedia mental dan fizikal.

Setelah beberapa saat aku mencari kekuatan, akhirnya aku bersedia. Kaki aku diangkat lalu aku berjalan memembusi dinding tadi. Mata aku ditutup kerana terdapat satu cahaya yang memyilaukan mata ini.

Whoosh...

Tiba aku merasakan angin meniup diri ini. Mata aku dibuka kembali dan alangkah terkejut aku melihat suasana permandang di hadapan aku kini. Tempat ini gelap dan sunyi tetapi itu bukan yang aku maksudkan yang ingin aku kata adalah kekuatan aura iblis di tempat ini.

Aku memang sudah berada di alam iblis sekarang. Aura iblis dapat aku rasakan dengan sungguh kuat berbeza dengan dunia manusia. Aku meneguk air liut aku kerana sedikit ketakutan.

Aura mereka sungguh kuat membuat aku menjadi gerun. Kali pertama aku merasakan aura mengamcam begini. Walaupun aku tinggal bersama iblis bahawan aku tetapi aku tidak pernah merasakan aura mereka sangat. Mereka mesti sembunyikannya supaya tidak menakutkan aku.

Aku terlalu memandang rendah terhadap iblis. Mereka adalah satu-satunya makluk yang tak patut aku cari masalah kalau tak nak mati.

Mata aku memandang ke atas dan kelihatan bulan mereka berwarna merah. Sama seperti bulan ketika malam sihir. Melihat bulan itu mengingatkan aku tentang tuan Ryzel.

Matanya sama seperti bulan itu yang memiliki warna merah darah dan sedikit bersinar. Hampir sama juga dengan aku.

Berfikir aku sudah berada di sini membuat aku terasa rindu dengan tuan Ryzel dan ingin berjumpa dengannya. Dia adalah raja di dunia ini membuat aku terasa tidak layak untuk menjumpainya. Dia mesti akan jadi seorang berbeza nanti.

Bukan lagi tuan Ryzel yang aku kenal. Dan boleh jadi, dia mungkin tidak mahu menjumpai aku lagi. Memang sedih tetapi aku akan terima kerana dia adalah raja iblis manakala aku hanyalah manusia biasa. Sungguh jauh darjat kami.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now