cp 165

1.4K 275 16
                                    

Bush!

Tiba pergerakan lipan tadi terhenti apabila satu ais yang tajam tepat menusuk kepalanya. Kepala lipan itu terlepas dari tubuhnya dan rebah ke tanah.

Aku yang berada di situ terkaku tidak bergerak. Terkejutnya aku sampai aku rasa jantung aku boleh terkeluar. Kalau ais itu tidak ada, rasanya nyawa aku sudah melayang tadi.

"Kakak tak apa-apa?" Soal Nale datang mendekat.

"Kakak tak apa-apa. Terima kasih tolong tadi," balas aku.

Nale tersenyum nipis lalu memetik jarinya membuat tempat ini kembali seperti tadi. Dua lipan yang mati di hadapan kami berdua dibekukan dalam satu ais buatan Nale supaya racun dalam darah mereka tidak bercampur dengan udara.

Ais itu akan menghalang penyebaran racun itu untuk beberapa waktu supaya perjalanan kami nanti tidak akan terganggu dengan racun mereka. Lipan Saras ini memang haiwan yang menyusahkan. Sudah mati pun masih nak mengamcam nyawa orang.

Setelah selesai urusan mengenai lipan itu tadi, kami berdua memulakan perjalanan kami semula. Mata aku memandang ke sekeliling gua ini sekali lagi.

Kadang kala aku cuba rasakan aura yang kehidupan yang ada di dalam gua ini, namun hasilnya tetap sama seperti tadi. Agak pelik aku. Kehadiran lipan tadi juga aku tidak dapat rasakan aura kehadiran. Gua ini ada sesuatu ke?

"Kakak," tiba Nale memanggil.

Aku menoleh ke arahnya yang sedang melihat ke arah satu laluan di dalam gua ini. Laluan itu kecil dan kelihatan seperti hanya satu orang yang boleh masuk.

"Saya ada rasakan sesuatu di sana," katanya sambil menunjuk ke arah laluan itu.

Kaki aku mula melangkah ke laluan kecil itu lalu cuba merasakan apa yang dimaksudkan oleh Nale tadi. Seketika aku berdiam diri dan secara tiba aku terasa satu aura kegelapan yang sangat lemah.

Lemahnya aura itu sehingga susah untuk aku rasakan kalau aku tidak fokus. Aku mengangkat tangan aku cuba menyentuh dinding laluan itu.

Aku merasakan sesuatu seakan tolakan sihir namun tidak terlalu kuat. Seterusnya aku mula melangkah masuk.

Buzz!

Aku terdengar satu suara seakan seseorang terkena tolakan sihir. Mata aku memandang ke belakang dan alangkah terkejut aku melihat Nale tidak dapat melangkah masuk.

"Kenapa Nale?" Soal aku.

"Di sini ada dinding pelindung yang halang saya masuk."

Dinding pelindung? Sejak bila pula ada.

Aku cuba mengeluarkan tangan aku dari laluan ini dan hasilnya tidak terjadi apa-apa tetapi apabila Nale melakukan semua itu, dinding tersebut mula menghalang Nale.

Dinding ini hanya berkesan pada Nale bukan aku. Bukankah itu bermakna ini adalah dinding yang sama di hutan limpahan sihir. Orang yang membuat dinding merupakan tuan Ryzel dan aku sebagai keturunan dia memang boleh masuk tetapi bukan Nale.

"Cuba kakak ke belakang sedikit. Saya cuba hancurkan sihir pelindung ini," pinta Nale sambil tangannya bersedia dengan sihirnya.

"Eh! Tak perlu. Kamu tak boleh lakukan semua itu," aku melarangnya.

Dinding pelindung ini tidak akan ada cara untuk memusnahkannya jadi aku melarang budak itu sebelum dia malukan perkara yang sia-sia sahaja.

"Tapi tak kak saya nak biarkan kakak pergi seorang. Nanti kakak dalam bahaya macam mana?"

"Kamu tak perlu risau kakak boleh pergi seorang diri. Kalau kakak dalam bahaya kakak akan terus keluar. Kamu tunggu sini sahaja," ujar aku.

"Tapi..."

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now