cp 116

1.7K 300 16
                                    

Duke Kylo melihat sosok Irene yang sudah menghilang daripada pandangannya itu. Tangannya di menggenggam kuat apabila mendengar Irene berkara begitu tadi.

Dia tidak boleh terima semua itu.

Dirinya tahu bahawa selama ini dia sudah bersalah terhadap Irene tetapi bila dia mahu meminta maaf semua ini telah berlaku.

Tak sangka rupanya hati Irene memang sudah membeku seperti ais. Salah dirinya juga kerana melayani Irene begitu dahulu.

"Ayah," Crius memanggil Duke.

Pandangan Duke beralih ke arah anak lelakibya itu. Muka Crius memang kelihatan sangat bersalah. Semua kara Irene tadi memang sudah masuk ke dalam hatinya.

"Kerja yang bagus," ujar Duke sambil menepuk bahu Crius.

Pertemuan Irene sama mereka hari ini adalah rancangan Duke Kylo sendiri. Lelaki itu menyuruh Crius untuk bercakap bagi pihaknya kerana dia tahu Irene tidak akan mahu bercakap sama dia lagi.

Dengan perasaan yang pasrah, Duke Kylo melangkah untuk pergi dari situ. Kepalanya sungguh sakit memikirkan hal ini. Belum lagi tambah dengan kejadian gempa bumi yang tiba-tiba sahaja berlaku hari itu.

"Ayah, kenapa ayah nak sangat jaga Irene walaupun ayah memang benci dia?" Tiba Crius menyoal.

Langkah Duke terhenti di sana. Lelaki itu berdiam diri apabila mendengar soalan itu. Dan secara tiba dia teringat masa lalunya bersama Delina, ibu kandung Irene.

.
.

Flashback

"Kylo, tolonglah jaga Irene. Untuk kali ini sahaja. Saya amat memerlukan pertolongan awak," ujar seorang wanita yang berambut perang itu.

Wanita itu melutut dilantai memohon kepada Duke yang hanya memandang dingin ke arahnya.

"Kenapa aku mesti tolong jaga budak itu? Dia bukannya anak aku," balas Duke dengan sungguh dingin.

Wanita itu ataupun Delina terasa sungguh tersentak. Dia tahu Irene memang bukan anak kandung lelaki ini tetapi sekarang hanya lelaki ini sahaja yang boleh menolongnya.

"Dia memang bukan anak awak tetapi tolonglah. Hanya untuk kali ini. Jaga dia untuk saya. Di masa hadapan nyawa dia akan teramcam seperti saya juga," sekali lagi wanita itu memohon.

Dia tidak kisah mahu rendahkan dirinya sampai mencium bumi sekali pun, asalkan apa yang dia nak akan dia dapat. Baginya sekarang, Irene sangat perlukan pelindungan seseorang.

"Dia adalah anak kau, jadi aku tak hairanlah bahawa nyawa dia akan terancam. Hidup dia sebagai keturunan iblis seperti kau memang layak dapat semua itu," pedas kata dilontarkan oleh Duke.

Delina mengetap bibirnya. Dia masih cuba bertahan demi Irene. Sejujurnya dia memang sakit hati tetapi kalau dia melawan nanti, Irene tidak akan mendapat pelindungan daripada Duke.

"Aku tak tahu apa dosa aku kena kahwin paksa dengan kau walaupun aku sudah ada isteri. Hadir kau dalam hidup aku memang satu malang petaka. Berambus kau dari pandangan aku sekarang," Duke mengarahkan dia untuk keluar.

Masuk hari ini bukan sekali dua wanita itu datang untuk meminta benda yang sama. Malah banyak kali sehingga banyak gosip mengatakan Delina datang ke kediaman untuk mendapatkan perhatian Duke.

Memang semua gosip itu salah tetapi bila dilihat dari mata kasar kelihatan sangat betul. Duke sehinggakan pernah bergaduh sama isterinya tentang hal itu. Siapa sahaja cemburu bila banyak gosip sudah tersebar di mulut para bangsawan?

Bahkan sekarang ada gosip yang mengatakan bahawa Delina adalah wanita murahan yang ingin hancurkan keluarga Duke. Memang semua itu salah tetapi gosip bukannya boleh dibuang begitu sahaja. Mesti akan ada banyak lagi orang kata lain.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now