cp 28

2.7K 403 84
                                    

Raja iblis itu memerhati Irene yang gigih belajar teknik berpedang yang dia ajarkan tadi. Melihat gadis itu begitu membuat dia mengingati Delina.

Dia ingat lagi dulu, Delina juga seorang yang sangat sukakan belajar berpedang sampai wanita itu sanggup memintanya mengajar dia. Walaupun sudah ditolak tetapi wanita itu tidak menyerah merayu kepadanya.

Ryzel sedar dirinya bukanlah seorang yang baik malah sangat kejam tetapi apabila melihat kesungguhan Delina, membuat dia sanggup lakukan apa-apa sahaja demi wanita itu.

Sampailah satu hari dia memang rasakan dirinya terlalu dekat dengan manusia itu sehingga timbol satu perasaan.

Baginya Delina memang antara orang yang membuat dia boleh menerima manusia semula. Wanita itu sangat berharga untuknya dan sebab itulah kenapa dia masih ambil peduli Irene.

Dia tahu Irene ada seorang ayah yang tidak menganggap gadis itu anaknya tetapi sekurangnya dia mahu Irene menganggap dirinya sebagai figura ayah yang dia cari selama ini.

Biarlah gadis itu tidak dapat kasih sayang daripada ayahnya sekarang asalkan gadis itu tahu bahawa masih ada yang menyayanginya lebih daripada Duke lakukan.

"Tuan kalau kita mahu menyerang musuh dengan lebih cepat bagaimana?" Soal Irene teruja.

"Ada dua cara. Satu kamu perlahankan pergerakan musuh dan dua, kamu cepatkan pergerakkan pedang kamu," balas Ryzel.

"Cepatkan pergerakan pedang? Bagaimana?" Irene tidak daham.

"Kunci untuk cepatkan pergerakan pedang ialah kamu kena ringankan badan kamu dan pedang yang kamu bawa akan terasa lebih senang untuk menyerang. Kamu mesti rendahkan posisi kamu lalu apabila penyerang tiba, kamu akan dapat serang dengan lebih cepat," terang Ryzel sambil memperbetulkan posisi badan Irene ketika menyerang.

Dengan mendengarkan pekarangan itu, Irene terus lakukan dan hasilnya memang berbeza dari yang awal tadi. Badannya terasa lebih ringan yang serangan menjadi lebih berkesan.

Kalau ditambah menggunakan sihir mungkin cara ini akan bertambah lagi berkesan. Berkesan untuk menebas kepala Vivian dengan cepat.

Tertawa kecil Irene memikirkan kerja hajatnya itu. Ryzel yang melihat semua itu hanya boleh menggelengkan kepala. Dia tahu gadis itu sedang fikir sesuatu yang tidak boleh difikir oleh manusia biasa.

Ibu dengan anak memang sama. Delina juga seorang yang pelik fikirannya sama seperti Irene. Dulu pernah wanita itu berfikir mahu cuba untuk menyerap semua kuasa kegelapan hutan terlarang yang mustahil dilakukan. Dan untungnya waktu itu dia sempat hentikan. Kalau tidak memang pecah sahaja batu kawalan itu kerana tidak dapat mengawal kebanyakan sihir hutan itu.

"Saya rasa sampai sini sahaja kita berlatih. Matahari pun sudah tegak atas langit sekarang," ujar Ryzel melihat hari sudah menjadi tengahari. Tidak baik berlatih ketika cuaca panas.

"Saya pun rasanya sudah cukup penat sekarang," Irene berjalan menuju ke arah Ryzel sambil mengelap peluhnya.

Dia melihat matahari yang memang sudah di atas kepalanya. Kerana terlalu sibuk berlatih sampai lupa hari sudah terasa begitu panas.

"Selepas ini, tuan ada apa-apa rancangan ke?" Soal Irene. Hari ini dia cuti daripada kerja di menara sihir, jadi dia ada masa terluang.

"Tidak ada. Kenapa? Kamu ada rancangan ke?"

"Saya nak bawa tuan ke kota. Tuan nak tak?"

Ryzel berfikir sejenak. Dia pun sekarang bukannya ada kerja, jadi tidak apa dia mengikuti gadis ini.

"Kalau kamu mahu, saya ikut sahaja," balas Ryzel lalu tersenyum.

Irene tersenyum gembira lalu berjalan balik ke rumah. Seronok hatinya dapat membawa raja iblis itu bersiar-siar bersama.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now