cp 106

1.9K 314 48
                                    

"Kau tak pernah terfikir mahu lakukan ritual penukaran roh kan?" Soal Vivre.

Nadanya kedengaran serius sambil matanya tajam memandang aku. Tidak pernah aku melihat dia begini. Biasanya dia suka main-main sahaja cakap sama aku tetapi kini dia menjadi seorang yang sangat serius.

"Kenapa kau tanya?"

"Sihir itu sangat bahaya. Kalau kau buat, risiko untuk kau mati sangat tinggi. Roh kau tidak akan dapat datang ke sini kerana sudah terperangkap dengan sihir itu," terangnya.

Kalau roh sudah terperangkap itu bermakna roh itu akan kekal ada di dunia ini dan tak dapat pergi ke alam satu lagi. Mungkin ada orang fikir kalau duduk di dunia manusia lebih bagus tetapi tahukan mereka bahawa roh yang sudah mati tidak sesuai untuk tinggal di sini.

Mereka akan terseksa selamanya dan itu lebih teruk daripada mendapat pengadilan neraka. Mereka di sini akan diseksa sampai mereka mahu terfikir untuk pergi ke alam satu lagi tapi itu mustahil kerana roh mereka sudah terperangkap. Masalah itu para dewa juga tidak dapat membantu.

"Mana mungkin aku mahu buat sihir itu," kata aku menjawab soalan tadi.

"Habis tu kenapa kau tanya?"

Aku terdiam sejenak. Aku tanya sebab nak tahu bagaimana ibu lakukan sihir itu sahaja tapi tak kan aku nak jawab dia tentang perkara itu.

"Aku ni penyihir menara, jadi aku mesti tahu banyak tentang sihir," balas aku dengan satu tipuan.

Vivre memandang aku dengan muka yang mencuriga jawapan aku. Jawapan aku memamg ada tipu tapi ada betulnya juga dimana aku mesti mengetahui segala ilmu tentang sihir kegelapan.

"Sebelum aku pergi, aku nak tanya kau sesuatu. Selain aku, ada tak perempuan lain pernah datang sini?"

"Perempuan lain?" Dia cuba memikirkan tentang persoalan tadi.

"Aku tak ingat sangat tapi beberapa tahun dulu ada seseorang datang ke sini untuk minta bunga Evie pada aku. Aku tak tahu dia perempuan atau tidak sebab dia guna sihir penyamaran."

Kalau firasat aku tidak salah, orang itu adalah ibu. Dia mesti datang untuk dapatkan bunga itu untuk menbuat ritual penukaran jiwa.

Aku tidak hairanlah dia gunakan sihir penyamaran kerana dia mesti tidak mahu orang mengenali dia. Kalau aku pun, aku juga akan gunakan sihir penyamaran.

"Kau cemburu ke ada perempuan lain jumpa aku," tiba Vivre berkata.

Datang sudah rasa menyampah aku dekat dia. Tadi aku sudah cukup kagum melihat dia menguruskan roh orang mati dengan sungguh hebat persis dewa kematian sebenar tetapi bila dia kata begini buat semua kagum aku tadi hilang berganti dengan perasaan menyampah.

"Tak ada masa aku nak cemburu. Aku tanya sebab aku nak tahu sahaja," balas aku.

"Biasalah. Orang cemburu mana mahu mengaku," dia menentang jawapan aku. Geramnya hati aku. Lelaki ini memang penuh perasan diri.

Tangan aku mengenggam kuat lalu aku berniat untuk menumbuk Vivre namun seperti biasa dia dapat manahan tangan aku. Dia tersenyum senis kerana dapat membaca pergerakan aku tetapi aku belum habis lagi.

Kaki aku dengan pantas terus menyepak kakinya membuat dia terjatuh dan waktu itu juga aku terus melarikan diri. Dapat juga dia hadiah tendangan daripada aku kali ini.

"Hoi! Kau lari macam tu jer lepas tendang aku."

"Bunga ini aku ambil sikit ya," ujar aku lalu terus memetik beberapa bunga tadi.

Aku tersenyum sinis dan terus membuka sihir telepotasi aku balik je menara. Puas juga hati aku dapat kenakan lelaki itu kali ini.

Lain kali aku mahu buat yang lebih dahsyat. Biar dia rasa bagaimana rasa sakit hati aku ini.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now