cp 175

1.4K 235 13
                                    

Aku dan Nale bersama mengumpul kekuatan melawan haiwan spirit ini. Aku tak sangka rupanya haiwan ini jauh lebih aku dari aku fikirkan.

Mereka sangat tangkas dan serangan sihir mereka sungguh kuat sehingga boleh menahan pergerakan aku. Selama ini, kalau aku dan Nale bergabung memang tidak akan ada benda yang boleh menahan kami tetapi mereka ini berbeza.

Adakah ini disebabkan mereka kuat ataupun aku yang lemah kerana menolak menggunakan sihir aku sekarang?

Aku bukannya tidak mahu gunakan sihir aku tetapi aku takut kalau aku gunakannya nanti aku akan hilang kawalan. Selagi aku tidak sepenuhnya berjaya mengawal sihir ini maka aku akan cuba sedaya upaya supaya tidak menggunakannya.

Bush!

Tiba datang serangan dari atas. Dengan hati yang sungguh panas aku melihat sahaja burung helang yang tidak habis menyerang aku sari tadi. Untungnya Nale sempat memberi aku pelindungan daripada serangan itu.

Tapi itu bukan alasan untuk aku biarkan sahaja burung itu. Aku sedang berlawan sama singa ini dan kalau burung itu asik serang aku maka pertarungan aku akan terganggu.

"Kakak, kita dalam bahaya sekarang," ujar Nale secara tiba.

"Kenapa?"

"Ada seorang pengawal sedang mendekati satu lagi sangkar haiwan spirit. Kalau dia buka sangkar tu, kita akan dalam bahaya."

Aku terkejut mendengar kata itu. Pengawal yang dimaksudkan itu mesti pengawal yang tadi. Aku mesti hentikan dia tetapi aku dalam perlawanan sekarang.

Kalau aku pergi begitu sahaja singa ini akan mula menyerang aku. Nak panggil Norn dan Lexu juga tidak dapat kerana mereka masih ada kerja yang belum diselesaikan.

Apa patut aku buat sekarang?

"Biar saya sahaja di sini. Kakak pergi ke arah pengawal tu," kata Nale.

"Mana boleh kakak tinggalkan kamu melawan dua haiwan ini. Kamu akan dalam bahaya," aku menolak cadangan itu.

"Tak apa kakak. Saya dapat menang lawan mereka. Kakak pergi sahaja ke sana. Kalau haiwan spirit itu dilepaskan, kita memang akan kalah. Haiwan itu jauh lebih kuat dari dua haiwan ini."

"Kamu pasti?" Aku menoleh ke arahnya. Dengan muka yang serius dia menangguk kepala.

Aku menghela pasrah lalu menurunkan pedang aku. Kalau Nale sudah serius begitu bermakna dia sangat meminta aku untuk pergi sekarang.

Dengan larian yang pantas aku mula keluar dari kawasan itu menuju ke arah sangkar haiwan yang dikatakan oleh Nale tadi. Kawasan sangkar itu cukup jauh daripada tempat tadi kerana dikatakan haiwan itu sungguh istimewa.

Aku tidak tahu haiwan spirit apa yang dikatakan sungguh istimewa itu tetapi aku mesti hentikan semua itu. Kaki aku berlari sambil mata aku mencari sosok pengawal yang dikatakan oleh Nale tadi.

Setelah beberapa minit aku berlari, akhir aku menjumpai sangkar itu. Di bahagian tepi sangkar itu dapat aku lihat seorang pengawal dengan tergesa cuba membuka kunci pintu sangkar tadi.

Aku dengan pantas terus berlari ke arah pengawal tadi dan dengan sekali libasan pedang aku membunuh  pengawal itu. Untungnya pengawal tadi masih tidak membuka pintu sangkar ini.

Setelah aku membunuh pengawal itu, aku cuba melihat haiwan spirit yang dikatakan Nale tadi cukup kuat berbanding haiwan spirit yang lain. Haiwan ada di dalam sangkar ini adalah seekor musang yang berwarna putih.

Tubuhnya tidaklah besar mana seperti dua haiwan tadi malah kalau sekali pandang seperti musang biasa sahaja. Tetapi yang membuatnya luar biasa ialah aura sihir yang dikeluarkan.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now