cp 54

2.1K 337 22
                                    

"Kau mesti cari siapa yang lakukan semua itu! Aku tak kira dia hidup atau mati, bawa dia depan aku, sekarang!" Marah raja kepada pengawal diraja itu.

Hatinya panas apabila mengetahui bilik tempat dia menyimpan semua hartanya lenyap begitu sahaja. Semua batu permata dan emas sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Yang lagi teruk adalah batu pengawal sudah hancur pecah.

Kalau sudah begitu memang sah ada orang yang sedang cuba menggagalkan rancangannya. Raja itu tidak boleh biarkan orang itu pergi begitu sahaja.

Boleh jadi orang itu tahu segala rahsia tentang dirinya. Dia mesti hapuskan orang itu dan semua yang tahu.

"Tuanku, kami sudah periksa dan tempat itu memang tidak ada meninggalkan satu pun jejak pelakunya. Tempat itu seperti terbakar sendiri," balas pengawal tadi.

"Kau fikir aku percaya ke! Mana mungkin api boleh menyala tanpa pelaku," herdik raja itu.

Darahnya kini memang sudah naik sampai ke kepala. Sekarang batu pengawal semuanya sudah hancur dah itu bermaksud dia tiada benda lain lagi untuk mengawal penyihir itu.

Kalau dia mahu juga, dia terpaksa mengarahkan penyihir lain untuk membuatnya namun itu mengambil masa yang sungguh lama. Dia mahu kawal Irene secepat mungkin sebelum puak iblis mengambil tindakan terhadap rancangannya.

"Kau keluar dan panggil Marquess ke sini sekarang," arah raja lalu terus pengawal tadi keluar dari bilik itu.

Raja tadi dengan sakit kepalanya duduk kembali di kerusi. Tidak dapat tidak tahan dengan semua rancangan hancur begitu sahaja. Ini bukan kali pertama terjadi malah banyak kali. Ianya seakan ada orang tahu semua rancangan dia dan hancurkannya tepat pada masanya.

Memang sakit betul hatinya berhadapan dengan sitausi ini. Belum selesai masalah pintu iblis, sekarang datang pula masalah ini. Mahu pecah kepalanya memikirkan hal itu.

"Noir, tentang apa yang kita bincangkan tadi, aku akan tangguh sebentar. Kita akan bincang lain kali," ujar raja ke arah anaknya yang duduk di sofa.

Noir yang dari awal sudah ada di dalam bilik itu hanya menganggukkan faham. Mereka berdua sekarang sepatutnya membincangkan tentang akademi diraja yang dikatakan mahu dibina kembali tetapi disebabkan pengawal tadi perbincangan mereka terhenti.

Noir tidak kisah kerana dia juga boleh mendengar maklumat daripada pengawal tadi dan syukurnya tidak ada sesiapa dapat jejak bahawa dirinya yang melakukan kebakaran itu.

"Kalau seperti itu, saya minta diri dulu, tuanku," Noir menunduk hormat sebelum keluar dari bilik tadi.

Sejujurnya dia tidak pernah panggil lelaki tadi dengan gelaran 'ayah' kerana sejak kecil dia diajar untuk tidak mempunyai perasaan kasih sayang keluarga. Lelaki itu juga rasanya tidak pernah anggap diri anak.

Selama Noir hidup, tidak pernah dia lihat raja itu meluangkan waktu bersamanya tanpa sebab munasabah. Mereka mesti akan berjumpa sekiranya ada perkara yang harus dibincangkan sahaja.

Pintu bilik tadi ditutup olehnya setelah keluar. Kakinya tidak bergerak dahulu malah terhenti di hadapan pintu itu melihat lukisan yang dilukiskan di dinding istana itu.

Itu adalah lukisan keluarga diraja dahulu. Di dalam lukisan itu dapat dia lihat gambar raja sebelum ini bersama semua isteri dan anaknya.

Beliau mempunyai 3 isteri dimana setiap isteri melahirkan seorang anak. 2 isterinya melahirkan ayahnya dan Duke Kylo, manakala satu lagi melahirkan seorang anak lelaki yang memang patut menjadi raja sekarang.

Noir tahu sejarah keluarga diraja ini. Orang yang sepatutnya menggantikan raja sebelum ini bukanlah ayahnya tetapi Elroy Verish yang merupakan anak pertama raja terdahulu.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now