Penerangan 7.0 (Sihir/kuasa)

788 111 5
                                    

Siapa yang tak faham tentang sihir dalam cite ni, sini aku akan terangkan. Dalam cite ni ada terdapat beberapa jenis kuasa yang aku gunakan. Tetapi aku akan terangkan yang penting sahaja.

Awal aku kata, siapa yang tak selalu lihat fantasy story mungkin akan sukar untuk faham.

.
.
.
.
.

1. Sihir

Seperti yang kita tahu, sihir merupakan konsep utama cite ni. Terdapat dua jenis sihir iaitu sihir kesucian dan sihir kegelapan.

Sihir kesucian ialah sihir yang dikurniakan oleh para dewa para menusia untuk digunakan. Sihir ini memang khas untuk manusia.

Manakala sihir kegelapan pula ialah sihir asalnya dari para iblis tetapi ada situasi istimewa yang membuat manusia boleh gunakan sihir tersebut seperti Irene dan Nale yang gunakan sihir itu.

Disebabkan asal sihir kegelapan ialah untuk iblis, jadi ianya agak sukar untuk dilakukan. Orang yang melakukan sihir itu mesti ada aura kegelapan dan mana yang cukup banyak untuk lakukannya. Sihir kegelapan juga dikatakan sihir terkuat yang ada.

.
.

2. Spirit

Dalam cite ni sebenarnya aku ada tekankan konsep spirit seperti aku kata Delina sudah menjadi ratu spirit kegelapan dan wujudnya arc untuk haiwan spirit itu.

Spirit ini sebenar satu kuasa dimana seseorang itu harus membuat perjanjian pada spirit itu sendiri. Contohnya, Nale pernah membuat perjanjian dengan spirit angin yang merupakan sebuah burung seakan helang.

Apabila seseorang itu sudah buat perjanjian spirit maka spirit itu harus mematuhi segala arahan tuan mereka tanpa menyoal balik.

Biasanya spirit ini adalah untuk para pahlawan. Korang ingat Neith? Dia adalah salah seorang pahlawan diraja yang mempunyai spirit api. Dia penggunaan spirit terbaik membuat dia jadi sangat kuat.

Dan kalau orang ingat lagi, aku pernah sebut tentang batu spirit dulu. Baru itu digunakan untuk menyimpan spirit di senjata pahlawan. Kalau mereka tidak cukup kuat menahan kehadiran spirit itu di dunia ini maka mereka kan gunakan batu itu untuk mengawal aura spirit tersebut supaya tidak membahayakan dirinya mereka.

.
.
.
.

[Bonus]

3. Menara sihir

Aku selalu kata menara sihir itu ini dalam cite ini tetapi aku tak sempat nak terangkan. Aku fikir korang akan faham jadi aku malas nak terangkan. Tetapi sekarang aku sedikit rajin so aku akan terangkan.

Menara sihir ini wujud kerana wujudnya sihir di negara tersebut. Menara sihir digunakan untuk mengawal sihir di negara tersebut. Selain itu, ianya juga untuk mengajar, mengkaji dan menyimpan maklumat mengenai sihir.

Dan untuk pengetahuan korang, kekuasaan mengawal menara sihir ini sepenuhnya terletak pada penyihir agung menara. Raja atau orang lain tidak akan terlibat sekali pun.

 Raja atau orang lain tidak akan terlibat sekali pun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rasanya itu sahaja yang boleh terangkan. Siapa yang masih tidak faham boleh tanya aku di ruang komen.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now