cp 73

1.9K 346 18
                                    

Aku melihat diri aku yang terpantul di balik cermin itu. Baju yang berkainkan putih dan terdapat hiasan pokok hitam sangat padan dengan aku. Rambut hitam aku dilepaskan panjang ke pinggang. Aku juga memakai anting-anting merah kesayangan aku itu.

Sejujurnya aku kata, putera itu memang ada cita rasa yang baik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejujurnya aku kata, putera itu memang ada cita rasa yang baik. Pakaian yang aku pakai sekarang disediakan olehnya. Aku tidak tahu dia faham akan fesyen wanita.

Sedangkan aku tak pernah terfikir mahu memakai baju seindah ini. Rasanya ini kali pertama aku memang memakai baju khas untuk pergi ke majlis. Selama ini aku hanya memakai baju yang sudah tersedia sahaja.

Setelah sekian lama aku melihat diri ini, akhirnya aku mula tersedar bahawa aku hampir terlambat. Aku mengambil topeng masquerade di atas meja lalu aku membuka sihir telepotasi.

Putera Noir ada kata mahu menjemput aku tetapi aku tolak dan aku katakan bahawa kami akan saling berjumpa di taman istana sahaja.

Aku masuk ke dalam lingkaran sihir telepotasi tadi, dan terus aku berada di taman istana. Kawasan ini sunyi, jadi agak mustahil ada orang melihat aku.

"Irene," aku mendengar nama aku dipanggil.

Aku menoleh ke belakang dan orang itu rupanya putera Noir. Tak sangka dia sudah ada di sini.

Lelaki itu menggunakan pakaian dirajanya yang berwarna putih dan hampir sama seperti baju aku. Dia memang memilih baju pasangan untuk majlis ini.

"Terima kasih sebab sudi datang," ucap putera itu sambil berjalan ke arah aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Terima kasih sebab sudi datang," ucap putera itu sambil berjalan ke arah aku.

"Tidak ada apa-apa. Lagipun putera memang sudah mengundang saya," balas aku balik.

Lelaki itu sedikit tersenyum lalu dia menghulurkan tangan. Aku melihat tangan yang dihulurkan

"Kalau macam tu, mari kita pergi," pelawanya.

Aku membalas senyuman tadi lalu aku terus menerima tangan itu. Kami berdua berjalan menuju ke dewan tarian yang berada tidak jauh dari taman ini.

Dari sini aku sudah dapat dengar bunyi alunan muzik yang dimainkan. Dewan itu juga kelihatan terang dengan lampu yang menyala.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now