cp 4

4.4K 455 78
                                    

Vivian, puteri yang datang daripada seorang pelayan istana yang tidur bersama raja negara ini. Status perempuan itu hanyalah anak tidak sah diraja, namun disebabkan raja menyukainya, dia telah diangkat rasmi menjadi satu-satunya puteri kerajaan ini.

Perempuan itu juga adalah tunang kepada Crius yang merupakan abang tiri aku. Ramai penduduk kerajaan ini mengatakan cinta antara mereka berdua sangat romantis tetapi bukan aku.

Aku sangat membenci dia. Dia hanya orang luar namun kenapa dia mesti dilayan lebih dari aku. Keluarga Duke Kylo malah menyukai dia lebih dari aku yang merupakan anak sebenar dia.

Aku memang tidak faham apa yang perempuan itu sudah lakukan sampai semua orang di kerajaan ini menyukainya. Aku lihat sahaja muka perempuan terus aku rasa mahu membunuhnya dan sebab itu jugalah aku melakukan hal yang sama di kehidupan pertama aku.

Bagi aku kehadiran perempuan itu tidak akan beza dengan lalat yang menganggu aku. Selalu menganggu ketenangan aku dan membuat persekitaran menjadi sampah.

Aku mati dahulu pun disebabkan dia, jadi sebab itu aku mahu membalas dendam untuk apa yang telah dia lakukan.

"Norn, Lexu." Panggil aku dan sekelip nata iblis aku datang.

"Ya, cik!"

"Sudah dapat apa yang aku minta semalam?"

"Sudah cik dan daripada apa yang saya lihat pertahanan kerajaan ini masih kukuh dan sukar untuk dicerobohi oleh kuasa luar."

Seperti yang aku jangka. Pertahanan kerajaan ini masih kuat, jadi memang orang yang menggunakan sihir pemutar masa itu tidak berniat meruntuhkan pertahanan kerajaan ini.

Kalaulah memang dia mahu lakukan, dia mesti melawan sihir aku dulu kerana di pertahanan kerajaan ini aku pernah tanam sihir kegelapan secara senyap untuk menahan sihir hitam dari kerajaan luar. Aku tidak boleh mengatakan hal ini kepada kerajaan kerana aku tahu tidak akan menerima khidmat sihir kegelapan seperti aku. Namun aku mesti lakukan demi kerajaan ini.

"Kau pula," aku melihat ke arah Lexu.

"Saya dapati orang yang paling kuat mana di kerajaan ini hanyalah tuan Zeev," balas Lexu.

Zeev ya.

Aku sudah jangka dia kerana dia adalah penerus Duke Kylo. Namun aku masih ragu dengan kekuatan mana dia. Kalau memang dia lakukan sihir putaran masa itu, rasanya dia tidak akan hidup sekarang kerana walaupun dia orang yang paling kuat dalam sihir namun mana dia masih dibilang sedikit.

Sedangkan aku boleh melawan kekuatan mana dia, tidak dapat melakukan sihir putaran masa. Jadi di sini mungkin orang dari luar kerajaan ini yang melakukan semua hal ini.

Susah betul begini. Sekarang aku bukan ada satu tugasan tetapi dua. Pertama aku mesti balas dendam aku kepada Vivian dan kedua aku mesti cari siapa yang menggunakan sihir putaran masa itu.

Apa aku memang patut pergi ke menara sihir kegelapan. Di sana aku mungkin boleh jumpa sedikit pentunjuk, namun hati aku terasa rapuh untuk melihat tempat kematian ibu aku itu. Dan sebab itu kenapa aku mengunci menara tersebut lalu meletakkan sihir supaya tiada siapa berani masuk ke kawasan tadi.

"Cik," panggil Norn yang masih berada di sini. Aku menoleh ke arah iblis lelaki itu.

"Nampaknya kita ada tetamu sekarang," ujarnya.

Mata aku kemudian menjeling ke arah tingkap tadi. Memang betul kata Norn bahawa kita ada tetamu sekarang. Mereka adalah pengawal diraja yang lengkap menggunakan baju pahlawan berwarna putih.

Nampaknya sudah tiba masa itu. Kehadiran mereka pada hari ini memang aku sudah jangka. Di kehidupan pertama aku pun mereka melakukan hal yang sama.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now