cp 39

2.4K 385 13
                                    

"Keluar!" Irene memandang ke arah semak samun di tepi jalan ini.

Setelah beberapa saat, keluar 5 orang lelaki yang memiliki senjata di tangan mereka. 4 daripada mereka menggunakan pedang dan seorang lagi menggunakan pemanah.

"Tak sangka kau tahu kehadiran kami. Kau sepatutnya terus lari kalau tahu. Tapi sekarang kau sudah tidak dapat sebab kau akan jadi hamba kami," ujar salah seorang lelaki tadi.

Irene melihat muka 5 orang lelaki itu. Dia kenal mereka. Mereka adalah penyamun yang disabitkan kesalahan sehingga mereka termasuk senarai hitam untuk dibunuh.

"Ada buruan aku hari ini," bisik hati Irene sambil tersenyum sinis.

"Ambil semua barang mereka. Bunuh 2 orang lelaki itu dan tangkap perempuan itu untuk jadi hamba kita hari ini," ujar lelaki tadi lalu tertawa.

Syalis mula ketakutan melihat situasi sekarang. Manakala Irene hanya bertenang bersama Ryzel.

"Kamu boleh menang ke?" Soal Ryzel kepada Irene.

"Kalau saya kalah, saya akan berhenti jadi penyihir agung menara," balas Irene.

Ryzel tersenyum sinis. Nampaknya sudah tersedia neraka untuk para penyamun ini. Kalau Irene habiskan mereka, rasanya memang terus ke neraka semua mereka itu.

"Saya serahkan pada kamu. Tapi jangan malu minta tolong ya," ujar Ryzel berserta perlian.

Irene hanya tersenyum lalu mula berjalan ke arah para lelaki tadi sebelum dihentikan oleh Neith.

"Cik nak lawan mereka ke?" Soal Neith penuh kerisauan.

"Dah tu, kau nak lawan," balas Irene menyentap Neith.

Tangan yang menahan bajunya tadi ditepis dan Irene berjalan semula ke arah para penyamun itu. 5 orang lelaki itu tersenyum dan memandang rendah Irene yang mereka tidak tahu identiti sebenarnya.

"Dia nak lawan kitalah. Cik, saya rasa lebih baik cik menyerah dan kami akan berikan layanan terbaik malam nanti," ujar salah seorang daripada mereka sambil mengertawakan Irene.

"Biar aku sorang lawan dia," lelaki itu terus mengeluarkan pedangnya.

Lelaki tersenyum lalu terus berlari ke arah Irene untuk menyerangnya namun tidak berjaya apabila Irene sempat mengelak lalu menendang belakang lelaki itu membuat lelaki tadi tersungkur di atas tanah.

Kawan lelaki tadi terkejut melihat kejadian itu. Dia kalah terhadap seorang wanita begitu senang. Tidak cukup dengan serangan lelaki tadi, rakannya yang lain turut menyerang.

Dua rakannya yang cuba menyerang Irene dengan merangkap Irene dalan satu bulatan. Irene dengan pantasnya menendang perut salah seorang daripada mereka dan merebut pedang mereka.

Dan tanpa belas kesian, lelaki tadi terus ditusuknya dengan pedang itu. Darah segar mengalir mengena pedang itu mengejutkan Syalis dan Neith. Bagi mereka itu terlalu kejam.

"Berani kau!" Seorang lagi mula menyerang.

Irene tidak perlu banyak bergerak, terus memutarkan posisinya dan dengan sekali tebas pedang tadi tepat mengena leher lelaki tadi. Nasib sahaja tidak terputus kepalanya.

Sekarang tiga sudah tumbang dan tinggal 2 lagi. Irene menoleh ke arah seorang lagi lelaki yang ketakutan memegang pedangnya itu.

Klak!

Tiba satu anak patah dituju ke arahnya namun Irene sempat menghayunkan pedang tadi membuat anak panah itu terbelah dua.

"Nampaknya aku kena uruskan kau dulu," ujar Irene melihat ke arah lelaki memakai senjata panah tadi.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now