cp 119

1.7K 291 26
                                    

Aku menundukkan badan aku sambil mengangkat sedikit kain gaun aku memberi tunduk hormat kepada sang raja sampah kerajaan Verish kini. Hari ini sepatutnya aku berada di menara sihir tetapi disebabkan secara tiba ada pertemuan antara penyihir menara tadi, telah membuat aku terpaksa datang kemari.

Pertemuan itu adalah untuk membincangkan sedikit tentang masa hadapan menara yang sudah semestinya tidak ada kena mengena dengan aku. Tetapi aku mesti hadir sebagai wakil menara kegelapan.

Menara sihir kegelapan mana mungkin akan dilihat oleh penduduk negara ini, jadi sia-sia sahaja aku sertai pertemuan ini. Mesti para penyihir yang baharu nanti akan lebih memilih memasuki menara kesucian berbanding menara kegelapan.

"Terima kasih kerana sudi hadir, penyihir agung Irene," ucap raja itu di singgahsananya.

Aku yang mendengar ucapan itu hanya boleh tersenyum paksa. Pertemuan sudah selesai, jadi biarlah aku balik sekarang. Ini kena beri salam hormat pula.

Dan yang paling teruknya, kini disebelah aku ada Duke Kylo bersama Zeev. Aku baru sahaja bergaduh sama Duke beberapa hari lepas dan sekarang jumpa dia pula. Takdir aku ini memang penuh dengan kesialan ya.

"Begitu juga dengan engkau, Kylo. Terima kasih kerana datang ke pertemuan ini. Menara kesucian memang sudah banyak membantu kerajaan ini."

"Tidak ada masalah, Yang Mulia," balas Duke.

Mata aku diangkat melihat ke arah singgahsana raja itu. Disebelah raja yang duduk tenang itu, dapat aku lihat putera Noir yang berdiri sebagai pendamping dia. Aku yakin putera juga terpaksa lakukan semua itu.

Lama aku menatap wajah putera itu dan tiba mata kami bertembung. Dia menghadiahkan aku satu senyuman dan aku terus membalasnya. Entah kenapa aku rasa hubungan kami yang dulunya hanyalah orang asing tetapi kini sudah berubah menjadi seorang yang sangat rapat.

Bagaimana tak rapatnya, kalau kami sudah mengembara sama-sama, pergi musnahkan pintu iblis sama-sama malah memberontak pemerintah ini juga bersama-sama. Mahu kami tak rapat begitu.

"Aku lihat engkau semakin cantik, Irene. Apa kau masih belum terfikir mahu berkahwin?" Tiba raja menyoal aku.

Aku terkejut lalu menoleh ke arah raja. Bukan aku sahaja yang terkejut malah Duke, Zeev dan putera Noir juga terkejut.

Bagaimana kami semua tak terkejut bila raja itu menyoal tentang pernikahan. Itu adalah perkara yang paling aku tidak mahu fikir dan tidak akan terfikir dalam hidup aku.

Siapa sahaja aku mahu menikahi penyihir kegelapan yang dikatakan membawa malang ini. Kalau ada, itu bermakna orang itu sudah hilang akal. Jadi sebab itu aku tidak pernah fikir tentang kahwin.

"Patik masih belum bersedia lagi untuk berkahwin, Yang Mulia. Tanggungjawab patik terhadap menara sihir kegelapan masih besar," balas aku.

Aku tahu umur aku sekarang adalah umur untuk para gadis berkahwin ataupun bertunang. Tetapi aku tidak perlukan semua itu. Aku boleh berdiri dengan kaki sendiri, jadi buat apa aku perlukan lelaki untuk melindungi aku.

"Kalau begitu tak apalah. Tapi kalau engkau mahu berkahwin, aku boleh carikan calon yang sesuai," ujarnya lagi.

Kenapa aku rasa raja ini ada muslihat di balik percakapan dia? Aku dapat rasakan sekarang bahawa dia mahu aku kahwin supaya dia boleh kawal aku dengan bantuan lelaki yang akan aku kahwini itu.

Aku memang tidak boleh percaya tindakan raja sampah ini. Kalau boleh aku tidak mahu ikut satu pun arahan dia kerana aku tahu ada muslihat lain disebaliknya.

Sama seperti apa yang dia lakukan pada ibu dulu. Dia paksa ibu kahwin dengan Duke supaya dia boleh kawal ibu. Kali ini jangan harap rancangan yang sama aku berjalan lancar lagi. Aku tidak akan tertipu dengan raja ini.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now