cp 94

1.8K 317 16
                                    

Masuk sahaja Noir ke dalam hutan tadi, tiba permandangan hutan itu berubah menjadu satu kawasan seakan di tengah pulau sekarang. Pulau itu besar dan lapang bersama mempunyai satu pohon yang sungguh besar ditengah-tengah.

Noir menoleh ke belakang dan kelihatan dia memang berada di pulau sekarang. Belakang hanya ada satu laut yang luas tanpa penghujung. Sosok Irene yang melihat dia pergi tadi pun sudah tiada.

Jadi kawasan yang dia lihat sebagai hutan tadi adalah pengantara antara tempat ini. Noir mengangkat tangannya lalu menyentuh sesuatu di udara.

Seperti yang dia jangka, ada dinding yang melindungi tempat ini. Dinding itu membuat satu ilusi untuk membuat manusia berfikir tempat ini adalah hutan. Dan apabila ada orang masuk, mereka tidak akan boleh keluar begitu sahaja.

"Manusia," tiba dia mendengar siara wanita.

Noir menoleh ke arah pokok besar yang berada di tengah pulau itu. Suara itu kedengaran datang dari sana namun tiada satu pun sosok di sana.

"Datanglah ke mari," suara itu mengarahkan Noir datang mendekati pokok itu.

Noir awalnya ragu namun dia tetap berjalan menuju ke arah pokok itu. Sesampai dia sana, dia berhenti beberapa meter jauh dari pokok itu. Matanya memandang ke atas pokok itu melindunginya daripada matahari itu.

"Apa tujuan engkau ke sini?" Suara yang sama menyoal Noir.

"Apa kata kau tunjukkan diri kau dahulu," balas Noir.

Dia tidak mahu memperkenalkan dirinya kepada orang yang dia tidak nampak. Boleh jadi itu hanya satu penipuan.

"Kau memang manusia yang berani menjawab aku begitu."

Noir hanya berdiam sambil memandang tajam pokok itu. Matanya birunya bersinar memerhati satu aura sihir kesucian yang bergerak dari pokok ini.

"Apa kau tidak takut akan aku? Kau telah menginjak tempat suci ini dan bercakap besar dengan aku. Aku boleh berikan hukuman berat pada kau."

Noir tak ingat dia bercakap besar tadi. Dia hanya meminta untuk tunjukkan diri sendiri sahaja. Itu bukan cakap besar.

"Kau tidak dapat tidak menghukum aku. Kau bukan pengadil dunia," balas Noir.

Suara tadi sedikit tertawa dan tiba satu angin kuat bertiup membuat daun dari pokok tadi berguguran.

Daun yang berguguran tadi membentuk satu pusaran lalu muncul satu cahaya dan seorang perempuan muncul dari cahaya itu.

Perempuan itu mempunyai rambut panjang berwarna coklat dan mata berwarna biru. Mulut perempuan itu tersenyum sambil berjalan mendekati Noir.

"Kau memang manusia yang menarik," ujar perempuan itu.

Sylvaine

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sylvaine

.
.
.
.
.

Aku berjalan mengelilingi kawasan ini mencari tasik itu namun aku masih tidak menjumpai. Hampir satu jam juga aku cuba dan hasilnya masih sama.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now