cp 16

2.8K 414 36
                                    

Bruk...

Pintu istana ini terbuka perlahan.

"Diumumkan ketibaan penyihir kegelapan, Irene Argechi," ujar pengawal di hadapan pintu itu.

Aku dengan tenangnya masuk ke dalam istana menghadiri majlis diraja.

Majlis ini ialah pertemuan para bangsawan terpengaruh di kerajaan ini dan sudah semestinya aku masuk kerana aku satu-satunya penyihir kegelapan.

Setiba sahaja aku di sana, dapat aku lihat semua tatapan tetamu di majlis ini menuju ke aku. Begitu juga dengan keluarga Duke yang sudah tiba lebih awal dari aku.

Mesti mereka terkejut. Tapi itulah apa yang aku mahu. Ini adalah kejutan untuk dia kerana hadiahkan aku satu barang yang menarik.

"Kenapa dia pakai baju macam tu?"

"Dia tak sedar ke ini majlis diraja."

"Penyihir tu nak malukan keluarga dia ke?"

Kedengaran bisikan tetamu mengenai pakaian aku hari ini. Mereka mungkin tidak tahu tetapi ini adalah niat aku dari awal.

Kejutan yang aku katakan adalah aku tidak memakai gaun seperti perempuan bangsawan lain malah aku menggunakan baju lelaki. Seakan baju pahlawan istana.

Biasanya apabila ada majlis begini, perempuan bangsawan harus memakai gaun yang indah untuk menunjukkan keayuan mereka namun itu bukan aku.

Buat apa aku nak tunjukkan keayuan aku dan pakai gaun yang besar dan berat itu. Aku lebih selesai pakai baju pahlawan begini.

Dan dengan memakai begini aku dapat memalukan keluarga aku. Orang kata sekiranya perempuan dari bangsawan memakai baju begini maka itu akan memalukan seluruh keluarga mereka.

Kejutan aku memang bermula dari sini. Memalukan keluarga ini adalah hal pertama aku lakukan. Mereka bukan lagi keluarga aku jadi tidak ada sebab aku menjaga nama baik keluarga ini lagi.

Mata aku memandang ke arah keluarga Duke yang berkumpul di satu kawasan itu. Mata Duke melihat aku sedangkan aku hanya endahkan semua itu.

"Diumumkan ketibaan Yang Amat Mulia, raja kerajaan Verish, Tuanku Delroy Verish bersama putera mahkota," ketibaan raja dan putera mahkota diumumkan.

Semua orang di sini memberi tunduk hormat kepada raja sama juga dengan aku.

Setelah itu aku berdiri kembali. Mata aku melihat ke arah raja dan putera mahkota, putera Noir. Mata kami tiba bertembung dan dia pun tersenyum ke arah aku.

Aku pula hanya berdiam. Aku tidak boleh senyum kerana aku takut nanti akan ada gosip lain tentang aku dan putera mahkota itu.

Setelah beberapa minit ucapan raja kerajaan ini, majlis ini pun bermula. Kami semua dibenarkan untuk menjamu selera, tetapi aku cukup dengan meminum air sahaja.

Aku melihat ke arah keluarga Duke. Kelihatan Syalis yang hadir dikelilingi dengan lelaki bangsawan. Mesti mereka berminat mahu berkenalan dengan bakal penyihir kesucian itu.

Tetapi dia mesti berhati-hati juga kerana setiap pertemuan itu ada maksud yang lain. Aku sudah selalu berjumpa dengan orang begitu di kehidupan lalu aku. Mereka berbaik dengan aku namun akhirnya mereka mengkhianati aku. Memang tragis.

Sudah puas melihat suasana majlis ini, aku akhirnya membuka langkah menuju ke balkoni tempat ini. Aku tidak sukakan tempat yang penuh dengan manusia jadi balkoni yang senyap adalah tempat terbaik.

Pintu balkoni dibuka oleh aku lalu aku terus keluar. Bulan hari ini tidak kelihatan kerana dilindungi oleh awan.

Aku mengeluh di situ sambil melihat langit malam itu. Melihat angin malam ini mengingatkan aku dengan budak Derain itu. Matanya dia memang sama seperti warna langit ini. Biru yang sungguh gelap.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now