Kiara memandangnya tidak percaya, "Kau gila ke Rel? Aku tak nak gaduh dengan Nia. Kau tahu macam mana adik kau tu sayang sangat dekat Adrian. Dia dengan Rian dah dua tahun kot. Tak akan lah sebab permintaan tok abah yang gila tu, diaorang nak kena berpisah."

"Aku rasa, ada sebab kenapa tok abah buat macam tu. Pasal Nia, aku tahu, lama-lama dia akan okay."

"Sebab apa Rel? Apa sebab yang buatkan aku pula yang kena kahwin dengan mamat sombong tu? Dah lah sombong, bisu pula tu. Kau pun tahu, dari dulu kita kawan dengan dia, aku dengan dia tak pernah nak ngam. Ni nak kena jadi bini dia? Menangis air mata darah lah aku tiap hari."

"Haih tah lah, aku pun tak faham." Farrel mengelengkan kepalanya. Kenapa tok abah mereka buat semua ni? Sebab apa?

Farrel menyambung, "Oh ni lagi satu, kau dengan Nia macam-mana? Dia okay?"

"Aku dengan dia okay je semalam cuma harini aku tak jumpa dia lagi. Aku tak tahu lah aku yang patut minta maaf ke atau apa. Aku pun confuse."

"Dah kenapa kau nak kena sorry dengan dia?"

"Ye lah, aku tak nak lah dia fikir yang aku nak rampas Rian. Ataupun, aku tak nak lah dia fikir yang aku suka Rian. Ataupun...Ah entah! Bukan plan aku pun tapi aku yang rasa bersalah. Ish, pening kepala aku tahu tak."

"Hahahahaha kau ni Kie. Tak payah rasa bersalah lah, kau pun mangsa sekarang ni."

"Tahu tak apa. Dah lah mamat bisu tu tak ada function langsung semalam! Eee geram je aku!"

"Aku rasa dia terhutang budi dengan tok abah, sebab tu dia diam je. Dia tak melawan kan semalam time Tok Abah cakap pasal benda tu?"

Kiara mengangguk.

"Ha betul lah tu yang mamat bisu kau tu rasa terhutang budi dengan family kita. Sebab tu dia tak melawan, ye lah Rian tu kan-" Farrel diam. Lagi banyak dia cakap tentang Adrian, lagi banyak yang Kiara akan tahu nanti.

"Rian tu apa? Sambung lah."

Farrel menggeleng perlahan. "Oh tak ada. Rian tu...Rian tu kan suka Nia, ha takkanlah dia nak kahwin dengan sepupu kesayangan aku nipula."





Pintu rumah dibuka. Wajah Mak Piah tidak seceria biasa. Terus tidak sedap hati apabila melihat wajah Mak Piah gelisah semacam.

"Why Mak Piah? Kenapa tak happy je tengok Kie balik."

"T-Tok...Tok erm..."

"Kenapa? Kenapa dengan Tok Abah?"

"Tok Abah sakit. Dia dekat atas, Nia tengah jaga dia."

"Hah? Sakit? Kenapa tak ada siapa pun bagitahu Kie? Kenapa tak ada seorang pun yang call Kie? Kenapa Mak Piah tak bagitahu Kie?" Soal Kiara cemas. Dengan segera dia membuka coat dan berjalan pantas ke arah tangga.

"Bukan tak nak bagitahu, tapi Tok Abah tak bagi. Tadi Nia pun nak call Kie, tapi Tok Abah tak bagi." Mak Piah mengikut Kiara dari belakang.

"Okay, tak apa, Kie naik atas dulu." Laju sahaja dia menaiki anak tangga itu, takut apa-apa jadi pada Tok Abah.

Pantas dia memulas tombol pintu bilik tok abah dan maktoknya. Kelihatan Nia sedang meletakkan kain basah di atas dahi Adam manakala Marina pula tiada. Dalam bilik air barangkali.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now