"Tapi daddy, tadi Zander cakap yang uncle Adam tu settlekan semua. Betul ke?" soalnya sebaik saja punggung sudah mendarat di atas sofa.

"Yes. Adam sayang sangat dengan budak tu. Entah kenapa pun tak tahu."

"Habistu, daddy nak biarkan je uncle Adam tolong dia?" tanya Anatasia. Dia pasti, ayahnya takkan lepaskan mereka begitu saja.

"Kita ada banyak lagi masa Anatasia. Kita tengok je sampai bila Adam boleh manjakan Rian."

"But, you tahu kuasa Adam besar kan? Siapa je tak kenal Adam. Rian pun sama, sejak dia kerja dengan uncle Adam, semua kenal dia. Sebut je nama dia, semua lari lintang-pukang."

Tan hanya diam. Fikir dua tiga kali kalau mahu kacau kawasan Adam. Sekali salah langkah, memang mati mereka semua.

"Tasya nak daddy fikir betul-betul. Uncle Adam bukan boleh buat main. Dengan ada Adrian, Tasya tak rasa kita boleh menang." Sambung Anatasia.

"Kenapa? Kau ingat aku tak hebat macam dia? Eh, Adam tu dah nak mati lah. Dia tu dah tua, bila-bila boleh gol."

"So? You still stick with the plan?" Soal Anastasia.

"Yes, and I want you to play your role."






BANG BANG!

"Good job Kie!"

Kiara hanya tersengih kecil. Sudah lama rasanya dia tidak ke sini. Hari ini dia tiada buat apa. Sebabkan itu, dia mengajak Nia untuk menemaninya untuk latihan menembak.

"Nia, aku nak tanya sikit boleh?" Pistol yang digunakan tadi disimpan semula.

"Apa?" Nia mengangkat wajah memandang Kiara.

"Before this, kan tok abah selalu hantar kita pergi Muay Thai, class Taekwondo, ala semua class martial arts lah. And then sometimes bawa kita pergi sini."

"Ha pastu? Apa soalannya?" Tanya Nia lalu menyimpan barang di dalam beg galas.

"Kenapa eh? I mean, bila berlatih tu, tok abah selalu serius. Kalau buat salah sikit, kena marah."

"Ye lah, dah dia bayar duit hantar kita pergi class, dia nak kita buat betul-betul lah, apa lagi." Balas Nia.

"Tapi, kita bukan pergi class pun. Kawan-kawan dia yang ajar. Uncle Jay, arwah uncle Qal, uncle Lim, uncle Sam. Hebatnya semua kawan Tok Abah." Bila difikirkan semula, dia pelik macam mana semua kawan tok abah semua hebat dalam seni pertahankan diri.

"Tok Abah lagi hebat." Kata Nia perlahan, takut Kiara dengar.

"Ha apa? Kau cakap apa?"

"Aku cakap, diorang hebat sebab dulu time umur macam kita pun diaorang dah belajar. Sebab tu diaorang terer bab-bab ni."

"Ye lah, tapi kau tak-"

"Ish dah lah Kie, jom balik. Nanti lambat pula sampai rumah. Nanti nak celebrate birthday papa pulak kejap lagi." Sengaja mahu menukar topik kerana tidak mahu Kiara tanya lebih banyak soalan. Masak Nia kalau Kiara tanya lebih-lebih.

"Oh ya! Okay jom."

Baru sahaja mahu melangkah keluar setelah siap berkemas, seorang perempuan menegur mereka. Tinggi, cantik, rambut keperangan, memakai jaket hitam berseta t-shirt putih di dalam, skinny jeans berwana biru dan kasut boot tumit tinggi berwana hitam.

"Hi Nia." Wanita itu tersenyum lebar.

Nia tidak membalas, sebaliknya, dia memegang tangan Kiara. Tok abah dan papanya selalu berpesan kepada Farrel dan Nia untuk sentiasa menjaga Kiara.

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now