Kiara toleh pada Puan Dahlia. Bibir dipaksa senyum. Secara tidak sengaja, air matanya tumpah. "Mommy ada. Semua ada untuk Kie. Kie jangan takut ya sayang." Terus tubuh anak buahnya itu dipeluk. Memujuk Kiara.

"Kiara jangan takut, papa dengan mommy ada." Kini Tuan Luqman yang berada di hujung katil itu pula bersuara.

"Ye Kie, aku dengan Nia pun ada. Kitaorang semua sayang kau," pujuk Farrel pula. Dia tidak suka melihat Kiara menangis, ditengking begitu. Dia mahu tahu yang Kiara masih punya mereka semua.

"Kiara pergilah keluar dulu. Nia dengan Rel pergi teman Kie, ya?" suruh Tuan Adam.

Kiara geleng. "Tak apa, Kiara jaga tok ya?"

"Tak apa, papa dan mommy ada. Nanti-nanti je. Tok abah nak cakap sikit dengan papa mommy."

Kiara mengangguk faham. "Okey tok." Nia mengangguk lalu menghampiri Tuan Adam. Dia mencium dahi Tuan Adam dan terus Tuan Adam mengelus pipi cucu terakhirnya itu.

"Tok abah jangan marah-marah lagi tau, nanti tak handsome dah tok Rel." Kemudian Farrel pula yang mencium dahi Tuan Adam. Tuan Adam hanya tersenyum nipis. Farrel... Dialah si penceria keadaan semula.

"Nanti Kie masuk tengok tok abah okey?" kata Kiara. Setelah itu, mereka bertiga keluar meninggalkan Tuan Luqman, Puan Dahlia dan Tuan Adam di dalam.

Sebaik saja pintu ditutup oleh Farrel, Nia terus memeluk tubuh Kiara. "Apa-apa jadi, aku akan ada dengan kau. Susah dan senang. Ingat tu," kata Nia Antasya. Dia menggosok belakang badan Kiara.

Nia ialah segalanya buat Kiara. Sepupu, kawan baik, teman bercerita, pendengar setia dan semuanya. Dari kecil lagi mereka memang bersama. Farrel pun. Mereka berdua adalah orang penting dalam hidup Kiara.

"I know."

"Haih, Biarlah maktok tu. Nanti lama-lama dia sedarlah tu. Dah, kau tak payah menangis lagi." Farrel memegang bahu Kiara, memujuknya. Kiara pula meletakkan tangannya di pinggang Farrel. Nia pun sama, dia meletakkan tangannya di atas bahu Kiara.

Mereka bertiga turun ke bawah. Turun sahaja tangga, mereka terserempak dengan lelaki yang menghantar tok abah ke rumah tadi. "Rian?"

Mendengar namanya disebut, Adrian terus berpusing badan.

"Rian!" Farrel tersenyum. Dia memeluk tubuh lelaki itu sekejap.

Kiara pula mengelap hujung matanya. Takut jika tubir matanya masih berair kerana hal tadi. Setelah itu baru dia menghampiri Adrian dan yang lain.

"Thanks bawa tok abah aku balik tadi." Farrel menepuk bahu Adrian. Nasib ada Adrian.

Adrian geleng perlahan. "No worrieslah, lagipun tadi aku ada bincang pasal kerja dekat Dubai yang-"

Nia terus menggeleng perlahan. Nia dan Farrel membuat isyarat mata kepada Adrian. Nasib saja Kiara tidak perasan. Mereka takut Adrian terlepas cakap.

"Eh bro, tadi mommy kata kau dah balik. Ni tak balik lagi ke?" Laju saja Farrel menukar topic perbualan.

Adrian mengangguk perlahan, faham kenapa mereka berdua buat begitu. "Oh nak baliklah ni."

Kiara pula dari tadi hanya senyap sahaja. Langsung tidak mencelah.

Tidak lama selepas itu, deringan telefon di poket seluarnya buatkan Farrel meminta diri dari situ. "I have to answer this call, office."

"Err, Nia... aku masuk dalam dululah, nak minum air." Kerana terasa janggal dan kekok, Kiara juga meminta diri selepas Farrel pergi. Rasa tidak selesa bila Adrian sekejap-sekejap memandangnya.

"Oh okey, thanks bagi aku dating sekejap!" balas Nia tersengih.

Kiara menggeleng kepala pada Nia. Macam-macamlah dia ni. Kemudian dia mengalihkan pandangan memandang Adrian. "Oh ya, you nak air?"

"No, thanks."                                                   

"Okay then, bye guys." Lalu Kiara pergi meninggalkan mereka berdua dan bergerak ke dapur.

Sosok tubuh Kiara yang pergi itu dihantar dengan pandangan mata. "Dia baru lepas  menangis?" tanya Adrian sebaik saja bayang Kiara sudah hilang.

"How do you know?" tanya Nia hairan. Macam mana Adrian tahu.

"Her eyes," balas Adrian ringkas. Dia dapat melihat kesedihan dalam anak mata gadis itu tadi.

Nia hanya mengangguk perlahan. "Ya, kesian Kie."

"Maktok again?" Macamlah dia tidak tahu. Kalau bukan kerana Puan Marina, siapa lagi?

Nia hanya mengangguk, membalas pertanyaan Adrian.

Kiara yang sudah tiba di dapur itu terus mencapai cawan. Kemudian, dituangnya air teh ke dalam. Baru sahaja mahu meneguk, suara yang cukup dia kenal itu memberhentikan pergerakkannya.

"Rasa-rasanya kan, kau dah cukup besar kan? Apa kata kau berambus dari rumah ni. Buat semak laki aku je nak kena jaga kau," marah Puan Marina tiba-tiba.

Kiara menoleh wajah. Bibirnya tersenyum nipis. "Maktok nak air? Kie ambilkan, ya?"

Diam. Tiada balasan.

Kiara bergerak pergi mengambil cawan buat Marina. Air teh dituang ke dalamnya. "Nah." Kiara memberikan cawan itu kepada Puan Marina.

Prak!

Habis berkecai cawan kaca LV itu yang sengaja dicampakkan di atas lantai.

"Aku cakap dengan kau ni! Yang kau bagi aku air kenapa?! Dah bodoh sangat ke hah?!" Marina menengkingnya.

Air mata mula bertakung. Didoa di dalam hati agar hatinya kuat dan tabah dengan apa yang akan berlaku sekejap lagi.

"Kau dah pekak?! Aku cakap dengan kau ni!"

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now