01

101K 4.3K 435
                                    

"Tok Abah! Kiara dah balik!" Kaki menapak masuk ke dalam rumah agam milik tok abahnya sebaik saja pembantu rumah membukakan pintu untuknya. Pembantu mengangkat beg tangannya dan memberikan dia selipar untuk dipakai.

"Thanks Mak Piah." Kiara senyum kepadanya.

Kaki yang diayun ke arah tangga itu terhenti bila dia berselisih dengan Puan Marina. Dia senyum pada maktok. Dari segi gaya, maktok seperti mahu keluar.

"Tok Abah kau kat atas."

Kiara menghulurkan tangannya untuk menyalamnya. Tangan Kiara disambut namun belum sempat gadis itu mahu mencium kekura tangannya, dia terus menarik tangan.

Kiara hanya menarik senyum hambar. Sudah biasa diperlakukan begitu.

"Maktok nak pergi mana?"

"Aku nak keluar dengan Nia."

"Kie nak ikut boleh? Please." Kiara memujuk. Jarang sekali Puan Marina membawanya bersama.

"Tak payah, kalau kau nak keluar dengan Nia, tunggu time aku tak ada."

Kiara akhirnya hanya diam. Dia angguk perlahan.

"Dah, aku nak pergi."

"Bye maktok, jaga diri. Apa-apa call Kie, tau."

"Aku pandai jaga diri." Dengan itu, maktok terus keluar dari rumah.

Sudah biasa dengan perangai maktoknya itu. Dia mengeluh kecil, bilalah semua ini akan berakhir. Dia menaiki anak tangga, bilik tok abahnya dituju.

"Asalamualaikum, Kie dah balik!"

"Cucu kesayangan tok abah dah sampai dah, meh sini." Kiara menyalamnya. Tangan yang membesarkan dia sejak dia berusia enam tahun. Tangan yang melarang mana-mana orang yang mahu menyakitinya. Tangan yang mengelap air matanya saat dia bersedih.

"Kenapa tak ikut maktok keluar? Rasanya baru je tadi dia keluar kan?"

"Tak apa lah, Kie teman tok abah. Lagipun, tadi kan Kie dah keluar dengan kawan."

"Tok Abah minta maaf." Diusapnya lembut bahu Kiara. Macamlah dia tidak tahu. Pasti isterinya sendiri yang tidak benarkan Kiara untuk mengikut sekali.

Kiara geleng perlahan. "Bukan salah tok abah. Memang dari dulu maktok macam tu dengan Kie, nak buat macam mana, kan?" Dia langsung tidak salahkan Tuan Adam. Dia sudah terbiasa dilayan begitu dengan neneknya sendiri.

"Ni kenapa awal sangat balik? Selalunya pukul enam baru balik. Baru pukul tiga dah sampai rumah. Dekat office tak ada kerja ke?" soal Kiara hairan, terus menukar topik.

"Ada, tapi tok abah bagi papa buat. Tok abah rasa tak sedap badan."

"Kenapa? Sakit?" soalnya risau.

"Penat sikit. Mungkin sebab dah tua kot."

Terus cemberut wajah Kiara mendengar balasannya. "Tok Abah ni. Tok abah jagalah diri, janganlah selalu kerja. Kalau apa-apa jadi, siapa nak teman Kie? Tok abah je yang Kie ada."

"Papa, Mommy, Nia, Farrel kan ada? Mak Piah pun ada. Tak perlulah sedih-sedih kalau tok abah tak ada."

"Tok abah ni! Janganlah!" Tubuh Tuan Adam terus dipeluknya erat. Tidak suka bila Tuan Adam membalas begitu.

Tuan Adam hanya senyum. Membelai lembut rambut Kiara. "Kie, kalau apa-apa jadi, tok abah nak Kie kuat. Lagi-lagi dengan perangai maktok tu. Jangan putus asa. Ingat pesan tok." Kiara mengangguk perlahan.

Pesanan itu bagaikan pesanan harian Tuan Adam padanya. Sudah biasa dia mendengar. Tuan Adam cuma mahu Kiara kuat jika sesuatu terjadi padanya suatu hari nanti. Dia tidak akan ada selamanya untuk Kiara.




"Hello, you dekat mana?" Itu soalan pertama yang diajukan kepadanya sebaik sahaja talian disambungkan.

Adrian memandang sekilas jam tangan yang dipakai pada tangan kiri. Dia ada mesyuarat penting sekejap lagi. "Kerja. Kenapa?"

"Malam ni free? Kita keluar nak?" Si sang pemanggil menyoal lagi.

"I can't promise you anything but I will try, okay?" balas Adrian senanda. Dia sibuk sejak kebelakangan ini. Banyak kerja yang perlu dia siapkan.

"It's okay. Just give me a call kalau you free." Adrian senyum tipis mendengar balasan gadis itu. Nia Antasya. Kekasih hatinya.

"Okay Nia." Dan setelah itu, panggilan telefon dimatikan.

Wajah ketat Adrian dipandang oleh Zayyan, kawan baiknya. "Dia ajak kau keluar?" Soal Zayyan walaupun dia sudah tahu jawapannya apa.

Adrian hanya sekadar membalas pertanyaan itu dengan deheman. Langkah mereka dibawa ke dalam lif bangunan Cyrex untuk ke tingkat atas. Ada mesyuarat penting yang perlu dihadiri.

"Dree." Anak buah kumpulan White's yang lain menegur dan menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat saat berselisih bersama Adrian, anak emas Tuan Adam. Adrian hanya sekadar mengangguk kepala lalu dia dan Zayyan mengatur langkah ke arah bilik mesyuarat nombor lima.

Zayyan membuka pintu buat Adrian, membenarkan Adrian masuk terlebih dahulu. Empat orang jejaka yang sudah lama menunggu di dalam bilik mesyuarat itu terus duduk secara tegak saat bayang-bayang Adrian mula kelihatan.

"Lambat." Langsung Adrian menoleh ke arah lelaki yang sedang memeluk tubuh memandangnya tajam.

Dengan riak selamba, Adrian menarik kerusi di bahagian yang paling hujung. Buat-buat tidak dengar.

Zander mendengus geram. Dia lambat boleh. Cuba kalau orang lain. Mahu bernanah telinganya mendengar Adrian marah.

"Tuan Adam ada bagi kita job baru." Tanpa membuang masa, Adrian terus membuka topik berkaitan dengan hal yang ingin dia bincangkan bersama yang lain.

"Kerja apa?" Rafael bersandar pada kerusi empuk itu lalu kedua tangannya disilangkan di dada.

"Kerja dekat Dubai. Ada orang sabotage Cyrex dekat sana."

"Interesting. Lagi?" Harraz mengangkat kening memandang Adrian.

"For now, kita masih tak dapat nak track lagi siapa punya kerja. Uncle tak nak lambat. Jadi Spider," Pandangan dialihkan memandang Hayyaz. "Cari sampai dapat siapa punya kerja."

"No hal, benda simple." Hayyaz mengangguk kepala. Tanda dia faham akan tugas yang baru sahaja diberikan oleh rakan baiknya merangkap bosnya sendiri.

"Apa kita akan buat kalau Spider dah dapat detect itu kerja siapa?" Zayyan yang duduk bersebelahan dengan Rafael mula menyoal.

Adrian melonggarkan sedikit tali leher yang dipakai. "Macam biasa." Balas Adrian ringkas dan langsung jawapannya mendapat anggukkan dari yang lain.

Zander toleh memandang Adrian. "Kau? Tak turun ke?"

Bibir Adrian terjongket saat soalan itu diajukan. "Of course I will."

Adrian Kiara : Her Guardian AngelWhere stories live. Discover now