Bab 53

114K 4.4K 861
                                    

Perlahan-lahan aku mendekatinya, dan Dr. Adam juga berbuat hal yang sama. Mendekatiku sehinggalah hanya tinggal sedikit ruang di antara kami berdua. 

Mata bertentangan.

Aku menahan diri daripada terus mengalirkan air mata. Wajah ini, wajah yang dirindui olehku. Hampir tiga hari tidak bersua-muka, sumpah aku sangat rindukannya. Wajah yang menghiasi siang dan malamku.

"So, we just gonna stare at each other?" soalnya setelah beberapa saat berlalu menyedarkan aku.

Aku senyum segaris. "What are you doing here?" 

"Memancing."

Aku menjuling mata ke atas. "Baik-baiklah."

"Soalan sayang tu tak masuk akal langsung. Ada ke patut tanya kita buat apa dekat sini. Soalan yang sayang sendiri dah boleh agak apa jawapannya. Kenapa nak tanya lagi?"

"Mana tahu, jawapan yang saya ada berbeza dengan jawapan yang awak ada." balasku laju.

"Sama. Jawapan kita sama Irish." jawab Dr. Adam sambil mendekat selangkah dan memandangku dengan penuh syahdu.

Aku mengemam bibirku. "Are you here to find me?"

Dr. Adam menggeleng kepalanya. "No. I'm here to explain everything to you."

Aku gelak halus. "Jawapan kita berbeza."

"Nah! I know deep inside your heart that you want me to explain everything to you."

Terletus tawa halus dari bibirku. "And I know, deep inside your heart, you are here just to find me."

Dr. Adam gelak. "Can I hug you?" soalnya.

Tidak tunggu lama, aku sendiri yang memeluk Dr. Adam erat dan saat itu juga tangisanku terlepas. "I miss you abang, I miss you so much!"

"Me too, Irish. Me too. I miss you more and I'm so-so-so sorry." Dr. Adam menguatkan lagi pelukan kami. "Abang betul-betul minta maaf."

"No! Irish yang salah, Irish yang sepatutnya minta maaf."

"No, abang yang sa--" 

Aku mencium bibir Dr. Adam menghentikannya dari berbicara dan ini kali pertama aku rasa aku seberani ini kerana sebelum ini sepanjang tujuh bulan perkahwinan kami. Dr. Adam yang selalu memulakan semuanya.

Ciuman dilepaskan, aku mengangkat bebola mataku ke atas memandang Dr. Adam yang masih lagi terkedu. "Kita sama-sama salah. Dan Irish sangat salah waktu Irish keluar dari rumah tu."

"Nak lagi.." Dr. Adam menundukkan kepalanya.

"Hey...!!" tegurku. "Kita dekat public, ingat sikit."

"Oh, tahu pula kita dekat public, tadi bukan main..." seloroh Dr. Adam lalu mencabut jaket di badannya lalu diletakkan ke badanku. "Sayang nampak mengigil." ujarnya sewaktu menyarungkan jaket tersebut.

"Abang pulak?"

"Abang dah biasa dengan cuaca macam ni." balasnya lalu mengambil tanganku dan diletakkan ke dalam poket seluarnya. "Jom balik hotel abang."

Aku hanya memerhatikan sahaja tingkah lakunya itu yang membuatkan jantungku berdegup kencang. Dan perlahan-lahan kami berdua bergerak menuju ke hotel Adam.

"Tak nak tahu ke macam mana abang boleh tahu sayang ada dekat London?" soal Dr. Adam dalam perjalanan kami.

"Macam mana?"

"Instinct."

"Dah lah ko."

Gelak.

Dan sepanjang jalan, Dr. Adam tidak habis-habis bercerita bagaimana dia datang ke sini, bagaimana dia naik gila mencariku di rumah ibu dan mama. Dan aku hanya gelak mendengarnya bercerita mengatakan Irene menyuruhnya datang ke Korea kerana Irene kata aku berada di Korea. Tapi sebenarnya bukan kerana untuk mencariku namun kerana Irene menyuruh Adam pergi ke konsert BTS yang hanya dijalan di Korea.

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now