Special Chapter - Cemburu

61.3K 2.7K 873
                                    

Kertas yang berada dihujung meja aku ambil lalu membacanya sekilas sebelum kembali menaip. Seketika kemudian, aku mengambil pula kertas lain dan berbuat benda yang sama. Selang beberapa saat, aku mengeluh dan berhenti menaip.

Kepala ditekup ke meja.

Tugasan kali ini agak memenatkan. Apatah lagi, deadline yang diberikan sangatlah cepat berbanding kebiasaannya.

Mengeluh.

"Sayang..."

Segera aku mengangkat kepala memandang Dr. Adam yang baru sahaja masuk ke dalam rumah. Bibir mengukirkan senyuman, terbang habis segala rungutanku tadi. "Awalnya balik, biasa nak dekat maghrib baru sampai rumah."

Dr. Adam sengih sambil meletakkan briefcase miliknya ke atas meja. "Jalan tak sibuk macam biasa, abang pun hairan juga. Mungkin sebab sekolah dah nak cuti kut."

Aku angguk berkali-kali.

"Sayang tak ada kelas ke hari ni?"

Keningku berkerut. "Kenapa abang tanya macam tu?"

"Tak adalah. Biasa kalau abang balik, nak masuk parking kereta pun tak boleh sebab kereta sayang. Tapi hari ni, nampak cantik je sayang parking kereta. Macam yang abang betulkan semalam punya je position tu. Biasanya, dia punya senget tu tak boleh nak bawa bincang."

Biji mataku naik menikam tajam anak mata Dr. Adam.

Dia sengih menampakkan kesemua giginya. "Gurau-gurau."

Aku memusing bebola mata ke atas sebelum mencebik.

"Tapi serius, sayang tak ada kelas ke? Atau sayang dah masuk kelas memandu semula--"

Aku bangun dari dudukku dan mencubit perut Dr. Adam.

"Auww--"

"Sekali lagi abang cakap macam tu!!" marahku.

"Tak-tak-tak." potongnya laju. "Tapi... sekurang-kurangnya jawablah soalan abang." sambungnya lagi sekali setelah hampir seminit mendiamkan diri.

Aku menahan diri dari ketawa. "Tak ada kelas hari ni. Lecterur sibuk dengan FYP."

"FYP TikTok tu eh?"

Keningku berkerut. "Macam mana abang boleh tahu pasal Tiktok ni?"

"Irene yang bagitahu, dia kata kalau letak muka abang mesti lalu dekat FYP. Mesti akan dapat view dan like yang banyak." terang Dr. Adam sambil menanggalkan tali lehernya.

Hujung bibir atasku disenget ke atas. "Lepas tu abang setujulah?" soalku dengan nada yang menyampah.

"Mestilah--" balasnya bersama senyuman sebelum beredar pergi ke dapur. "--tidak." sambungnya.

Aku pula tidak tunggu lama, terus meninggalkan laptopku dan mengikuti jejak suamiku ke dapur.

Hari ini rumah sedikit sunyi kerana Irdina dan Irsyad tidur di rumah keluarga mentuaku. Kebetulan aku ada banyak tugasan yang harus dilakukan, maka aku membenarkan sahaja.

Oh iya, lupa nak bagitahu. Aku sekarang ni tengah sambung buat master. Baru semester pertama dan aku membuat keputusan ini setelah berbincang dengan keluargaku, keluarga mentuaku, suamiku dan anak-anakku. Tak tahu kenapa, perasaan nak sambung master berkobar-kobar setelah melihat ramai rakan sekuliahku sambung master.

Lagi bertambah semangat, apabila ada Dr. Adam yang aku boleh jadikan sebagai tempat untuk aku bertanya jika tidak faham. Kadang-kadang, tugasan aku dia yang tolong carikan data dan maklumat.

Untung bukan?

"Tapi serius abang tertanya, macam mana sayang boleh lepas test JPJ dulu eh? Parking pun senget. Sayang rasuah JPJ tu ke?" 

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now