Bab 42

103K 4.4K 1.2K
                                    

"A happy marriage is a long conversation which always seems too short."

'''

Mata, hidung, dan bibirnya aku tenung dengan penuh kusyuk. Tersenyum sendiri aku melihat susuk tubuh yang sedang tidur dengan lenanya itu. Beberapa minit kemudian, kedengaran azan mula berkumandang mula menyedarkan aku dari terus merenung Dr. Adam.

Aku mengeluh sebelum bangun dari pembaringanku.

Namun, belum pun sempat aku ingin turun dari katil terdapat satu tangan kekar yang dengan tiba-tiba memelukku dari belakang. Menghentikan perlakuan aku buat seketika.

Dr. Adam meletakkan dagunya ke bahu kananku sebelum membisik sesuatu ke telingaku. "I like it when you stare at me like tomorrow never exist."

Terkeluar tawa halusku sebelum aku menepuk tangan Dr. Adam yang melingkari kawasan abdomenku dengan lembut. "Solat..." aku mengerling sedikit kepalaku ke sebelah kanan, namun yang menghiasi anak mataku hanyalah rambut Dr. Adam. "...jom." sambungku sebelum tanganku dinaikkan untuk bermain-main dengan rambutnya.

Tak pernah terbayang yang dia ni yang dulunya pensyarah yang aku benci, tapi sekarang tidur di atas satu katil denganku berbagi selimut dan bantal.

"Nak solat ke nak sambung aktiviti malam tadi ni?" soalnya nakal.

Terus sahaja perlakuanku yang bermain dengan rambutnya terhenti dengan segera dan aku juga bangun dari dudukku dengan serta merta menyebabkan pelukan tangan Dr. Adam terlepas.

Aku memandang Dr. Adam bersama dengan anak mata yang dikecilkan manakala Dr. Adam pula memandang aku dengan raut yang tidak puas hati.

Beberapa saat berlalu, namun situasi aku dan Dr. Adam masih sama. Memandang antara satu sama lain bersama dengan riak yang tidak puas hati.

"Okey, jom kita tengok siapa yang menang.." Dr. Adam terus membetulkan kedudukannya dan anak mata yang diluaskan sedikit.

Terletus tawaku saat melihat perlakuannya. "Stop it."

Dr. Adam gelak seketika sebelum dia membaringkan kembali tubuhnya. "Sayang pergilah masuk dalam tandas dulu. Abang nak tidur sekejap. Penat sangat bekerja malam tadi." matanya dipejam rapat sambil menarik duvet rapat ke dadanya.

Aku menjuling mata ke atas melihat kelakuannya sebelum bergerak rapat ke sisi katil dan menarik kasar duvet yang membaluti tubuhnya itu. "Jangan nak mengada okey. Bangun cepat!!"

"Wow. You really look like wifey material right now." Dr. Adam memalingkan tubuhnya dengan membelakangi aku. "And, mom material." sambungnya sambil cuba untuk menarik duvet kembali.

Terus sahaja aku melarikan duvet tersebut menjauhinya. "No."

"Alaa sayang, abang sejuk ni.." Dr. Adam berjeda seketika seperti memikirkan sesuatu sebelum dia memusingkan kepalanya memandangku bersama dengan senyuman nakal. "Ke, sebenarnya sayang nak tengok badan abang ni? Sebab itulah tak bagi abang cover badan abang dengan duvet inikan?"

Aku mengjongket bibir ke atas sebelum melemparkan duvet tersebut ke arahnya. "Tak ada maknanya...!!!"

Meledak tawa Dr. Adam. "Sayang kalau nak tengok, cakap je okey? Jangan malu-malu..." semakin galak Dr. Adam mengusikku. "Benda pun dah halal, nak malu apa bossku."

Aku menghela nafas kuat. "Stop it, Adam Ukasyah..!!!"  tangan mula memukul kakinya kuat. "Solat! Ni bukan rumah kita, dekat rumah ibu ni. Sedar sikit."

"Oh! Kalau duduk dekat rumah kita, maknanya kita boleh--"

Tidak tunggu Dr. Adam menghabiskan ayatnya, aku terus berlalu pergi masuk ke dalam tandas. Sempat telinga mendengar gelak Dr. Adam.

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now