Bab 50

90.5K 4.3K 896
                                    

A person that genuinely loves you will never let you go, no matter how tricky the situation is.

'''

Pulang sahaja dari kerja, aku tidak terus pulang ke rumah sebaliknya aku pergi ke rumah ibu aku. Telefon juga dimatikan olehku dan whatsapp yang dihantar oleh Dr. Adam yang bertanya bila aku akan sampai ke rumah, aku abaikan.

Kejadian semalam masih segar dalam ingatanku, mana mungkin aku akan melupakannya dengan begitu sahaja.

"Kakak buat apa dekat sini?" soal Irene pelik sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah dan duduk di sebelahnya. "Abang Adam mana?" soalnya lagi apabila soalan tadi aku tidak jawab.

"Tengok sajalah Running Man tu, abaikan kakak." jawabku malas sambil memejam mata erat.

"Mesti kakak bergaduh dengan abang Adamkan?"

Aku membuka mata kemudian menikam tajam anak mata Irene. "Diam boleh tak?!" marahku sebelum bangun dan beredar masuk ke dalam bilikku.

"Bergaduh la tu." gumam Irene.

Masuk sahaja ke dalam bilik, aku terus menghempaskan badan ke atas katil. Tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ini badan aku selalu sangat cepat letih dan lemah. Mungkin sebab stres dengan situasi yang dialami oleh aku kini.

Aku mengeluh sebelu memejam mata rapat.

Tidurku terganggu apabila kedengaran azan maghrib berkumandang. Bersama dengan perasaan malas, aku bangun dari baringanku dan bergerak menuju ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat.

Selesai sahaja solat, aku bergerak keluar dari bilikku dan menuju ke bahagian dapur.

"Masak extra seorang hari ini." kataku sebelum duduk di kerusi dan meletakkan kepala ke atas meja.

"Aik, kakak belum balik rupanya." omel Irene.

Puan Irma berkerut dahi memandangku. "Kenapa boleh ada dekat sini ni?"

"Hai ibu, tak akanlah nak balik rumah mak sendiri pun tak boleh?" sindirku.

"Bukannya tak boleh tapi kamu sudah maklumkan dekat suami kamu belum ni nak datang sini?"

"Sudah." bohongku.

Puan Irma memandangku tepat sebelum menggeleng kepala. "Tak payah nak menipu. Ibu kenal sangat dengan kamu. Kalau berbohong tu, memang akan jawab sepatah-patah."

"Wow, habis adik macam mana ibu? Ibu kenal macam mana? Senang nanti bila adik berbohong, adik boleh tukar style adik." sampuk Irene.

Aku menjeling mata ke atas. Kalau ada Irene, semua benda tak akan jadi serius. Mana taknya, perangai dia saja sudah buat orang naik hantu.

"Baliklah. Risau suami kakak nanti."

Aku mengeluh. "Lepas makan, kakak balik."

***

Belum sempat aku membuka pintu rumah, pintu tersebut sudah dibuka dari dalam membuatkan tangan aku yang ingin memasukkan anak kunci ke dalam tombol pintu terhenti.

Aku mengangkat sedikit kepalaku memandang Dr. Adam yang memandangku serius.

Tidak mengendahkan pandangan tajamnya itu, aku terus bergerak masuk ke dalam rumah dengan menyerongkan sedikit badanku agar melepasi badan Dr. Adam.

Namun langkahku terhenti apabila lenganku ditarik oleh Dr. Adam.

"Pergi mana? Lambat balik."

Senyap.

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now