Bab 19

94.4K 5.2K 507
                                    

Officially my favorite ost song. Dgr lh smbil baca part ni.


###

Selesai sahaja mengaturkan tempat buat kali yang terakhir, aku berlalu pergi ke kafeteria yang berdekatan. Oleh kerana aku masih mempunyai kelas bersama Dr. Adam, aku tidak jadi untuk pulang ke rumah walaupun badan aku sudah keletihan. Mana taknya, daripada pukul lapan pagi hingga ke dua belah tengah hari aku dan EXCO MPP menjalankan tugasan kami tanpa henti.

Sebaik sahaja aku selesai memesan nasi goreng dan air milo ais, aku terus duduk di suatu tempat. Bayangan Sabrina tidak dapat aku lihat hari ini, mungkin dia sibuk membuat persiapan untuk jualan nanti. 

Teringat akan pembentangan yang akan dilakukan sebentar lagi, terus aku berniat untuk membuka beg laptopku yang terisi segala benda yang diperlukan sewaktu pembentangan nanti. Sambil makan, bolehlah aku buat review sikit-sikit. Namun, belum sempat aku membuka laptopku, ada beberapa suara datang menghampiriku.

"Hoi perempuan."

Pergerakanku terhenti, terus aku panggung kepala memandang gerangan yang menegurku. 

"Kau memang sengajakan?!" soal Puteri memandang aku atas bawah.

Kening aku bertaut rapat. "Sengaja apa?" 

"Kau memang sengaja nak rapat-rapat dengan Dr. Adamkan?!" kali ini Puteri meninggikan sedikit suaranya. Nasib baiklah,kafeteria pada waktu ini tidak ramai orang seperti kebiasaannya. Jadi, peratus untuk aku rasa malu itu agak sedikit.

"Sengaja apanya? Aku tak fahamlah apa yang kau cuba cakapkan sekarang ni." aku menjeling Puteri seraya mengalihkan pandangan daripada terus memandangnya. Sakitlah juga kepala, asyik duk dongak je.

"Kau ingat aku tak tahu ke?! Kau selalu masuk bilik Dr. Adam--"

"Dah aku ada benda yang nak dibincangkan dengan Dr. Adam. Mestilah aku masuk bilik dia, tak akanlah nak masuk bilik lecterur lain pulak?!" sampuk aku laju. Menjeling Puteri dan geng-gengnya yang lain.

Jelas Puteri yang 'kepala' dalam geng ini. Mana taknya, yang lain semua senyap tidak mengeluarkan suara. Nampak sangat terpaksa masuk dalam kes ini.

"Kau..."

"Bukan ke kau dah ada boyfriend ke? Yang kau kisahkan sangat aku dengan Dr. Adam rapat tu kenapa? Bukannya aku rapat dengan boyfriend kau pun. Sekalipun kau dengan Dr. Adam pasangan kekasih, dia tetap pensyarah aku. Apa-apa hal aku memang kena rujuk dia, and..." aku pandang Puteri atas bawah. "...aku hanya anggap dia sebagai pensyarah aku je. Tak pernah nak anggap lebih pun." 

Terus aku bangun sambil mengambil makanan dan beg laptopku. Tidak tunggu lama untuk terus menatap wajah Puteri, terus sahaja aku beredar pergi dari situ.

***

Larian aku lajukan sebaik sahaja melihat pintu masuk dewan kuliah yang tidak jauh berada dari jarakku. Akibat kerana terlalu sibuk aku membebel tentang Puteri and the geng, aku tidak sedar bahawa masa terlalu cepat berlalu pergi.

Sekarang, aku sudah lambat. Nasib baiklah Dr. Adam kata lambat 13 minit, kalau tak rasanya sekarang ni aku dah dapat  F dah. 

Sampai sahaja di hadapan pintu masuk, aku menghela nafas kelegaan. Terus sahaja aku mengetuk pintu dewan tersebut kemudian memulas tombol pintu. Pendingin hawa menyentak wajahku. Tak, bukan pendingin hawa je, namun aura dingin juga turut menyentakku.

Air liur ditelan kesat.

"What?" soalku, pura-pura tidak terkesan dengan wajah dingin Dr. Adam dan anak mata helangnya yang tajam menikamku. "Dr. kata tiga belas minit lambatkan? Saya betul-betul on time okay. Tak lambat dan tak juga awal." aku membela diriku sendiri. 

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now