Bab 23

91.7K 5.5K 1K
                                    

Keluar sahaja daripada dewan peperiksaan, mulut aku terkumit-kumit menyumpah seranah seseorang. Berharap bebelan aku ini sampai kepadanya. Sebaik sahaja aku mengambil beg aku dan pusing ke belakang untuk beredar namun pergerakan aku terhenti seketika.

Terkebil-kebil aku memandangnya yang turut memandangku ketika itu. Malah, bibirnya terukir sebuah senyuman.

Ingin sahaja aku membalas senyumannya, namun terhenti setengah jalan akibat rasa marah saat menjawab soalan sebentar tadi. Terus masam mukaku memandangnya.

"Macam mana? Boleh jawab tak?" soal Dr. Adam saat aku berjalan menghampirinya.

"Dr. datang jauh-jauh semata-mata nak tanya saya boleh jawab ke tak? Kita berada di zaman purba ke ni?" aku menaikkan bibir atasku. "Kenapa tak whatsapp saja tanya?"

"Saya turun ni sebab nak tengok students sayalah, bukannya nak tanya awak seorang saja." jawapan daripada Dr. Adam membuatkan aku terasa sedikit berbahang.

Itulah Irish! Perasan sangat dia datang sini sebab prihatin pasal kau je. Kau ingat, kau seorang saja student dia?

"Tak jawab lagi soalan saya tadi. Boleh jawab tak?"

"Huh! Study punyalah bagai nak rak, last-last keluar almari." balasku sedikit kasar, sekali gus dengan jelingan tajam.

Jawapan aku membuatkan Dr. Adam tertawa halus. "Maaflah. Saya tak tahu pulak yang awak study pasal 'rak', itu yang saya keluarkan soalan pasal 'almari'. Tapi tak apa, lain kali study dua-dua ya?" 

Aku menjuih bibirku. 

Hish! Mamat ni, aku tengah bersarkastik dengan dia kut. Tak faham-faham lagi ke? Natijahnya, aku cuma nak cakap yang aku study lain, tapi yang keluarnya lain pula. "Lantak Dr. lah." aku berjalan melintasinya. 

"Wait Irish. Boleh tak datang bilik saya sekejap? Saya ada benda nak bagi dekat awak."

Automatik aku berpusing ke belakang memandang Dr. Adam.

"Kenapa?" soalku.

"Adalah. Kamu pergi dulu, saya nak tengok students saya yang lain dulu. Nanti kamu tunggu je dalam bilik saya tu. Tak berkunci." balasnya lalu beredar pergi.

Dan aku hanya melihat sahaja Dr. Adam bertegur sapa dengan beberapa pelajar yang baru sahaja keluar dari dewan peperiksaan. 

Aku mengeluh namun tidak membantah, kaki bergerak menuju ke ruangan bilik pensyarah. Namun sempat aku memberi pesan kepada Sabrina untuk dia balik terlebih dahulu tanpa perlu menunggu aku.

---

Mulut dibuat pelbagai gaya, kaki pula tidak habis-habis dari digoyang. Perbuatan yang selalu aku lakukan apabila kebosanan melanda. Sakit hati itu, adalah sikit. Kurang ajar punya Dr. muda tu. Bukan main dia suruh aku masuk bilik dia sebab nak bagi benda, last-last batang hidung dia pun tak nampak.

Okay, just kidding. Sedang kami berbual tadi, tiba-tiba sahaja Dr. Adam dipanggil oleh rakan sekerjanya kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Saat itu, aku sudah ingin beredar pergi namun ditegah oleh Dr. Adam.

Maka, di sinilah aku. Menunggu ketibaannya.

Sedang aku mengelamun, dengan tiba-tiba sahaja bunyi telefon berdering menyentak aku. Berpusing 360 darjah kepala aku mencari punca telefon itu datang. Nak kata bunyi phone aku, macam mustahil sebab aku tak pakai iphone. Sedangkan itu ringtone untuk pengguna iphone.

Wait.

Terus aku memandang atas meja Dr. Adam yang bernyala-nyala di hujung meja dan tersembunyi di bawah lambakan kertas. Aku kemudian mengangkat sedikit kepalaku untuk memandang gerangan yang menelefon Dr. Adam.

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now