Bab 26

98.9K 5.3K 997
                                    

Bunyi pintu bilik diketuk berkali-kali menyentak aku yang sedang sibuk bermain-main telefon. Tanpa berlengah, aku terus mencampak telefon bimbitku kemudian bergerak menuju ke pintu. Sebelum itu, aku masih sempat menyarung tudung kemudian barulah aku membuka pintu bilik.

Anak mataku terus dihiasi wajah kacak Dr. Adam.

Kening kiriku diangkat, bertanya dalam bahasa badan tujuan dia datang bertandang ke bilikku.

"Tak reti tengok jam ke?"

Kepala aku kemudian dipusing ke belakang, memandang jam yang tergantung di dinding.

7.45 A.M.

Aku membetulkan kepalaku, memandang ke depan semula. "Reti." aku angguk sekali.

"Habis tu tak reti nak turun bawah? Nak terperap dalam bilik je?" sedikit keras Dr. Adam menyoalku.

Aku berdecit sinis. "Duh! You're the one who asked me to be like this. Remember? Bukan ke awak cakap kalau family awak tak suka saya, ianya lebih baik? Senang. Kita tak payah nak fikirkan alasan kenapa kita break up. Kan?" sinis sekali aku bersuara.

Melihat Dr. Adam tidak membalas dan hanya memandangku dengan pandangan yang aku sendiri tidak dapat tafsirkan membuatkan aku tersenyum kemenangan.

Padan muka kau!

Terus sahaja aku menyerongkan sedikit badan aku sebelum melintasi Dr. Adam. Kalau tak bersentuhan bahu, sebab dia duduk tengah-tengah pintu masuk. Tak akanlah aku nak tolak dia.

Sebenarnya, aku bangun awal je. Bila aku turun pagi tadi, pergi dekat dapur. Masih tak ada orang, disebabkan aku tidak selesa duduk seorang diri dekat situ aku akhirnya buat keputusan untuk naik masuk bilik balik. Mungkin, terlalu asyik bermain phone membuatkan aku tidak sedar masa berlalu dengan cepat.

Aku turun ke bawah namun sampai sahaja di tangga terakhir, dahi aku berkerut lebat melihat suasana yang terhias di iris mataku. Terpanar aku seketika sebelum ada satu suara menyentakku.

"Like the view?" soalnya.

Terus aku mengiring ke kanan, memandang Dr. Adam yang kelihatan tenang sahaja. Berbeza dengan aku yang mula menggelebah tak tentu arah.

"Please tell me this is not real." gumamku sambil melihat manusia-manusia yang menghiasi segenap ruangan di ruang tamu. Tidak termasuk lagi yang berada di dapur.

Apa ni? Kenapa ada orang ramai,,?

"I told you last night to be prepared right?"

Terangkat sebelah keningku memandang Dr. Adam. "Jadi, ini maksud awak?"

Dr. Adam tidak membalas, dia hanya tertawa halus sebelum pergi meninggalkan aku yang masih lagi keliru dengan situasi yang dialami oleh aku kini.

Entah bila masa boleh penuh macam ini sekali manusia dalam rumah ni? Sedangkan aku turun tadi masih kosong.

"Irish!!"

Aku berpaling memandang suara yang memanggilku. Senyuman diberikan. "Kenapa mama?"

"Mari sini. Mama nak kenalkan dekat kawan-kawan mama dan jiran tetangga." Puan Adawiyah terus melambai tangan supaya mendekatinya.

Penuh perlahan dan terpaksa aku menghampiri Puan Adawiyah. Sebaik sahaja aku sampai di situ, terus aku duduk di sebelahnya. Belum pun punggung bertemu sofa, terus makcik-makcik yang berada di situ bersuara kecoh.

"Ya Allah Wiyah. Cantiknya bakal menantu kau ni." kata makcik yang bertudung biru.

"Flawlessnya kulit dia." disambung pula makcik yang bertudung kuning.

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now