Epilog

133K 5.3K 1.9K
                                    

Until one day...

"Mama! Pretty plewss..."

my prayer...

"No! Berapa kali mama nak kena pesan yang candy is not good for your teeth." balas Irish tegas sambil mengambil barang-barang di dalam bonet kereta.

has been answered.

Hujung bibirku terukir sebuah senyuman.

"But, why daddy--"

"No!" tegas sekali Irish menyampuk menyebabkan anak perempuan kami, Irdina Adlin mencebik menahan tangisannya daripada terkeluar.

Aku menggeleng kepala.

Terlalu leka memandang mereka berdua, sehingga aku lupa seseorang sedang merangkak mendekatiku. Saat suara halus dan kecilnya memanggilku barulah aku menunduk dan melihat anak kecil itu yang tersenyum bersama dengan air liur yang meleleh keluar memandangku dengan penuh gembira.

"Dada.. dada.."

Senyumanku melebar. "Hey, anak daddy ni..." segera aku menunduk dan mengangkatnya ke dalam dukunganku seraya menghadiahkan beberapa kali ciuman ke pipinya sebelum aku mengelap sedikit air liurnya yang meleleh keluar.

Sesaat kemudian, aku mengalihkan pandangan daripada memandang anak lelakiku, Irsyad Aariz, lalu memandang isteri dan anak perempuanku yang ketika itu sedang memandang aku pelik. Namun, itu hanya untuk seketika sebelum,

"Mama! It's daddy...!!!!" jerit Irdina gembira sambil berlari menuju ke arahku.

Aku pula menunduk, bersedia untuk menyambutnya ke dalam pelukanku.

"Anak daddy, miss me?" soalku sebaik sahaja aku mengangkatnya ke dalam dukunganku.

"So much..." balas Irdina laju seraya menghadiahkan ciuman ke pipiku.

"How about mama? Did mama miss me?" soalku sambil bergerak menuju ke arah isteriku, Irish Arissya.

Dia pula hanya memerhati sahaja aku tanpa menjawab.

Aku pula tersenyum memandangnya. "Kenapa, nak abang dukung jugak ke?"

Irish tidak menjawab hanya menjuling matanya ke atas.

"Did daddy ask kakak or mama?"

Aku sengih memandang Irdina seketika sebelum memandang Irish kembali bersama dengan senyuman. "Both."

"Mama miss you soooo muchhhhh..."

"No, I don't." sangkal Irish dengan beku sekali sebelum dia kembali menghadap bonet keretanya.

Keningku berkerut pelik memandang Irish sebelum aku mengalihkan pandanganku memandang Irdina dan Isyad silih berganti. "Did you guys give mama troubles?" soalku serius.

"NO! I'm not...!!" laju sahaja Irdina menjawab.

Berbeza dengan Irsyad yang mula ketawa kecil.

Irdina gelak memandang Irsyad. "Irsyad does!!!" laju sahaja dia menunding jari kepada Irsyad.

Aku menggeleng kepala memandang telatah mereka berdua sebelum aku menurunkan keduanya ke bawah. "Kakak, bawa masuk Irsyad ke dalam eh, daddy nak tolong mama kejap."

"Aip.. aip.. captain!" balas Irdina laju sebelum dia meletakkan tangannya ke bawah ketiak Irsyad dan mengheret kemudian mengangkat Irsyad namun hanya seketika. Mungkin kerana dia juga masih kecil dan masih tidak kuat untuk mengangkat Irsyad membuatkan cara dia mengheret dan mengangkat Irsyad agak menyeksakan bagi orang yang melihatnya.

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now