Bab 15

104K 5.1K 457
                                    

New semester, New me.

Hakikat sebenarnya, tipu je. Setiap kali buka semester baru, aku mesti akan cakap macam tu. Tapi hakikatnya, sama je. Tak nak study last minute, last-last study last minute juga. Nak datang awal kelas, last-last kelaut juga. See, tak semua manusia berubah mengikut acuannya.

Tapi yang pasti, semester ini aku memang berazam untuk berubah.

"Sedihlah tahun ni." Sabrina mengeluh.

Aku yang berada di sebelahnya terus memandangnya dengan kerutan. "Belum apa-apa lagi, kau dah mengeluh." aku mengusap lembut kepala Sabrina. "Kenapa? Kau ada masalah ke?" prihatin sekali aku bertanya.

"Masalah yang paling besar yang dihadapi oleh aku saat ini ialah--"

Aku menanti dengan penuh kesabaran.

"--no more Dr. Adam."

Aku mengecilkan biji mataku memandang Sabrina kemudian mencebik dan menjuling mata ke atas. "Baguslah. Aku suka, tak adalah dia akan kenakan aku lagi." aku mengukirkan senyuman kesenangan. "Nampaknya, doa aku telah dimakbulkan. Kena buat sujud syukur ni lepas ni." 

"Tak ada sebab dah untuk aku pergi ke kelas dengan bersemangat." Sabrina menghela nafas berat. Tidak sedikit pun dia berminat dengan aku punya kata-kata. Aku menggeleng kepala berkali-kali. Sudah terbiasa dengan sikap Sabrina yang sememangnya macam ini.

"Tapi, aku ada dengar yang kita akan ada lecturer baru." sambung Sabrina 

Sudah mula dah dia.

"Kira bersemangat baliklah ni nak belajar?" sindirku pedas.

"Bersemangat apanya. Perempuan." Sabrina mencebik.

Senyuman sinis aku mati. "Serius ah?!" ucap aku juga turut terkejut. Kalau perempuan, aku pun tak boleh nak buat apalah sebab biasanya garang, strict tapi setakat ni aku paling tak suka Dr. Adam je. "Nama apa?"

"Entahlah. Tapi, aku rasa dia tak mengajar kita pun." ucap Sabrina dengan penuh yakin.

"Kau punya 'rasa', last-last mesti dia akan mengajar kita punya."

---

"Nama saya Dr. Qalisya Maimun. Kamu semua boleh panggil Dr. Qalisha. Untuk subjek, saya yang akan mengajar kamu untuk semester ini. Semoga dapat memberikan tumpuan dan komitmen yang sepenuhnya." Dr. Qalisya senyum manis. "Kalau ada sebarang masalah, boleh datang ke bilik saya. Amaran keras, saya tak suka pelajar tidur dalam kelas saya walaupun saya tahu subjek ni agak membosankan. Tapi, cuba sedaya upaya untuk tahan, boleh bawak coklat untuk hilangkan mengantuk."

Kan aku dah cakap, Sabrina punya 'rasa' memang akan bertentangan dengan apa yang dirasanya. Buktinya sekarang, lecterur baru ini mengajar kami. Tapi, nampak macam baik je.

"Dr. dah kahwin ke?" 

Aku menjeling rakan sekelasku yang gatal mulut bertanya. Ah! Dia ni, memang playboy kelas pertama. Semua orang dia nak mengurat, termasuklah pensyarah sendiri. Tapi, ada juga desas-desus mengatakan yang dia mengurat lecterur sebab nak dapatkan pointer yang tinggi je.

Heh! Lelaki.

"Sudah ada anak dah pun." balas Dr. Qalisya bersama dengan senyuman.

Aku terus gelak kemudian diikuti oleh rakan sekelasku yang lain.

Dr. Qalisya menggeleng kepala. "Sudah. Apa kata, kita mulakan pembelajaran kita untuk hari ini?"

Kami semua mula bersikap serius, mendengar dengan teliti menjelasan yang diajar oleh Dr. Qalisya, lagipun Dr. ni nampak baik dan lemah lembut. Macam tak percaya pula yang dia sudah kahwin dan mempunyai anak sebab badan dia macam anak dara. Tak nampak macam badan orang yang pernah mengandung pun.

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now