Bab 30

96.5K 4.6K 1K
                                    

Aku hanya menghirup airku sambil anak mata berkali-kali mengintai Noah yang sedang sibuk dengan telefon bimbitnya. Tadi, dia mengajak aku untuk melepak di Starbucks sambil berbual-bual untuk melepaskan rindu. 

Tapi, bila sampai sahaja di sini. Kami berdua tidak mengeluarkan sepatah bicara pun. Mungkin perasaan janggal itu wujud. Mungkin juga sebab kami sudah lama tidak bersua muka.

"Mommy dengan daddy I cakap, you tak pernah pun pergi rumah mereka sepanjang I berada dekat London?" soal Noah sambil meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja. Dia memberi perhatian sepenuhnya kepadaku.

"Saya tak pergi tapi ibu dengan adik saya pergi je."

"Kita tengah cakap pasal you sekarang ni." 

Aku menghela nafas berat. "Saya memanglah tak pergi. Tapi, ada je saya whatsapp mereka, bertanya khabar." aku berjeda seketika. "I'm sorry okay. Nanti saya pergilah."

Noah gelak halus. "I'm not mad at you. Tak perlulah nak minta maaf bagai, lagipun I tanya tu sebab parents I yang merungut. They miss you."

Aku sengih halus. "Nanti hujung minggu ni saya pergi. Itupun, kalau tak busy." aku memperlahankan ayat terakhirku.

"Of course you kena datang rumah I hujung minggu ni. No excuse." Noah mengambil dompetnya kemudian mengeluarkan kad platinumnya dan dihulurkan kepadaku.

Kening aku berkerut memandang kad yang masih dihulurkan kepadaku. "Kenapa awak bagi saya kad awak?" soalku pelik.

"Ambillah kad ni, unlimited. You nak beli apa-apa pun, belilah. Lagipun, hujung minggu ni parents I ada buat majlis makan-makan sempena I balik Malaysia. Sambil-sambil tu, mereka nak kenalkan dekat semua orang yang you ni tunang I." Noah sengih gembira. 

"Jadi, apa kena mengenanya dengan awak bagi kad awak dekat saya?" 

Noah mengeluh seraya meletakkan kad itu ke atas meja kemudian ditolak ke arahku. "Love, guna buat beli bajulah. You kena pakai cantik-cantik, kan nak dikenalkan dekat semua orang? Yang you ni tunang kepada anak syarikat guaman yang terkenal di Malaysia."

"Noah, stop giving me your money." aku mengeluh. Tidak suka dengan situasi ini. "Berapa kali saya nak kena cakap? Saya tak sukalah bila awak asyik bagi saya duit awak--"

"Love, duit I pun duit you juga."

"No..." aku mengeleng kepala berkali-kali. "Tak ada istilah duit awak, duit saya."

"Ari, tak lama lagi kita akan kahwinkan? Milik I nanti akan jadi milik you juga. Samalah dengan duit ni. Gunalah, buat beli semua keperluan you."

Aku mengeluh. Susah bercakap dengan orang yang tak faham bahasa ni. "Boleh tak, awak berhenti manjakan saya dengan duit? Dengan kemewahan?! Awak tahukan saya tak perlukan semua itu pun." muka aku berkerut menahan marah. "Awak ingat saya tak tahu ke yang awak selalu bank in duit dalam akaun saya sepanjang awak berapa dekat London?!" aku mendengus. "Untuk apa semua tu!?"

"Ari.."

"Stop Noah..." aku menolak kad miliknya itu kembali ke arahnya. "Saya tak nak kita bergaduh sedangkan kita baru je jumpa setelah tiga tahun tak jumpa." aku membuang pandanganku ke arah lain.

"Fine. Tapi, I nak you pegang kad ni."

"Noah..." panggilku dengan nada yang ditekankan.

"So, macam mana dengan pengajian you? Okey ke?" laju sahaja Noah menukar topik perbualan kami.

Aku menjuling mata ke atas. Tahu sangat taktik Noah untuk menukar topik lain. 

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now