Bab 6

102K 4.9K 891
                                    

Red code...

Red code...

Red code...

Bersamaan dengan kelajuan yang maksimum, aku terus berpaling semula ke hadapan. Berharap supaya si bimbo tu tak sempat nak tengok muka aku. Tanpa berlengah lagi, aku terus bangun kemudian menuju ke kaunter untuk meminta paper bag McDonald's dan plastik.

Ops maaf, tak bawa extra bag hari ini. So, sorry turtle. Lain kali I will save you eh?

Okay back to the topic. Aku kemudian membungkus ayam dan burger aku. Mcflurry dipegang di tangan. Tanpa berpaling ke belakang, terus sahaja aku mengorak langkah keluar dari McDonald's tersebut.

Fuh!! Apabila perkataan McDonald's itu sudah mula jauh, aku terus melepaskan keluhan kelegaan. Nasib baik aku sempat, kalau tak hari aku ini akan menjadi malang. Walau apapun yang berlaku, aku akan berusaha untuk menyelamatkan hari aku ini.

Baik pasangan gay tu ataupun Dr. Adam. Tiada siapa yang boleh halang akuuu..!!! Itu janjiku..

Hahahahahahahahaha..

Bukkk!!

Badan aku tersentak ke hadapan sedikit. Gila, mafia manalah pulak yang langgar aku ni? Dah lama hidup ke?!

"Buta ke?" soal orang yang melanggar aku itu dengan sinis.

Huk aloh, dia yang langgar aku. Pergi salahkan aku pulak. Kau tunggu, kau tunggu. Aku fire sekejap lagi.

Tanpa berlengah lagi, aku terus memanggung kepala memandang gerangan yang berani-berani langgar aku tapi salahkan aku pulak. Sebaik sahaja aku melihat gerangan tersebut, terbungkam seketika aku. Seperti tidak percaya dengan apa yang aku lihat kini.

Dia ni, mamat yang gay tadi tu bukan? Macam mana boleh ada dekat sini?

Ini mall Irish, semua orang boleh ada dimana-mana mereka nak. Don't be silly girl please.

Tapi, ikutkan ini kali pertama aku jumpa lelaki gay. Tak bukan setakat berjumpa, siap bercakap lagi ni. Mmmmmm, aku selalu gak ah curious pasal gay ni. Betul ke dia tak akan apa-apakan perempuan? I mean, kan nafsu dia bengkang-bengkok sikit. Jadi persoalannya, diorang memang tak akan apa-apakan perempuan ke? Sentuh pun tak ke? Okay-okay, memandangkan kita sudah ada tikus makmal ni. Why not kita try betul ke tidak?

Aku tersenyum malu. "Wowww.." ucapku dengan nada yang sangat speechless.

"Kau ni dah kenapa?" soal gay itu dengan nada yang kepelikan.

"Saya just speechless. Tak sangkalah pula, bidadara tu betul-betul wujud." balas aku seraya mengukirkan senyuman yang malu-malu. "Saya ingatkan tiada yang sempurna dalam dunia ni. Tapi sejak tengok awak ni, saya dapat rasakan yang ada orang sempurna dan orang itu ialah awak." aku menggeselkan hujung kaki ke lantai.

Jangan tanya aku kenapa aku buat macam tu, aku sendiri pun tak tahu kenapa aku buat macam tu. Kalau korang rasa geli, aku apatah lagi. Seumur hidup aku, ini kali pertama aku buat macam tu. Macam sial pun ada. Ini first and lastlah aku buat macam ni. Kalau aku buat juga nanti, tolong ambil bom atom lepastu buang dekat aku.

"Sorry. Saya sudah berpunya." lelaki gay itu mula berpaling dari aku, seraya cuba untuk mengorak langkah pergi dari sini.

Eh! Ha-ah lah. Aku tak ada nampaklah pula pasangan kekasih dia yang lagi seorang tu. Kenapa? Masih merajuk ke? Hish! Hish! Hish! Merajuk pun nak tiru perempuan diorang ni. Entah apa lagi yang nak ditiru daripada perempuan ni.

"So? Benda boleh kahwin empatkan? I mean, if korang masih pasangan kekasih. Saya doakan korang cepat break, biar saya boleh tackle--" aku copy paste ayat Amir. Sorry Amir, tapi at least aku kreditkan nama kau. So, jangan cakap aku pencuri ayat kau.

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now