Bab 1

256K 7.1K 1.7K
                                    

Tap

Jam yang berada di pergelangan tangan kiriku dikerling sekilas.

Tap...

Larian aku dilajukan saat melihat jarum jam yang panjang hampir ke angka lima.

Tap...

Pintu dibuka dari luar. Susuk tubuh tegap masuk ke dalam dewan kuliah tersebut.

Senyap.

Suasana yang tadinya bising seperti berada di pasar malam menjadi senyap serta merta. Semua mata fokus memandang susuk tubuh yang tegap berdiri di hadapan mereka.

"First of all, I'm sorry that I'm late..."

Aku menambahkan lagi kelajuan larianku, padah pergi marathon kdrama semalam. Akibatnya, aku boleh terbabas hari ini. Sedangkan aku ada kelas pada jam 10 pagi dan sekarang dah pukul 10.20 pagi...!!!!

Dia sudah lambat 20 minit..!!

"....saya ada urusan yang tidak dapat dielakkan sebentar tadi. Nama saya, Dr. Adam Ukasyah. Kamu semua boleh panggil saya Dr. Adam. Saya akan menggantikan Dr. Rahim dan saya yang akan mengajar--"

Bukk...

Semua mata memandang ke arah pintu masuk yang dirempuh dengan kuat dari luar.

Aku sengih sebaik sahaja melihat semua mata memandangku sambil cuba meneutralkan kembali nafas yang hilang akibat daripada larian tadi. "I'm sorry...." aku mengambil nafas. "...I'm late.." aku memandang pelik susuk badan yang berada di hadapan dewan ini.

Siapa dia?

Mana Dr. Rahim..??

Pelik.

Tanpa menghiraukan pandangan tajam lelaki misteri yang kacak itu, aku terus membuka langkah menuju ke tempat duduk yang masih lagi kosong. Sebaik sahaja aku duduk, aku perasan akan jelingan tajam lelaki tersebut. Namun, aku memilih untuk buat-buat tidak nampak.

"So..." Dr. Adam memandang seluruh dewan kuliah ini. "...rasanya boleh sambung balik dah ni. I assume, kamu semua berada di tahun kedua bukan?"

Senyap.

"Walaupun subjek yang saya akan mengajar ini bukanlah core subject tapi saya nak kamu semua tetap kena perform dengan sebaiknya. I don't want my students takes--"

Bukk...

Semua mata memandang kembali ke arah pintu masuk yang dirempuh buat kali kedua.

"Sorry lambat.." kata lelaki yang bernama Shawn, bukan Shawn Mendes. Hanya Shawn. 

Shawn Mendes tu suami aku..!!

Kalau Shawn yang ini, korang boleh ambil. Free je aku bagi.

Dr. Adam menghela nafas berat, mata dipejam seperti sedang menahan amarah. Urat di pergelangan tangannya jelas kelihatan. Nampak sangat dia macam tengah menahan kemarahannya.

Aku mengemam bibirku, tak nak lepaskan juga ketawa aku ini.

"I had enough.." gumamnya. "So... Memandangkan kamu semua seperti tidak menghormati saya. Saya ingin tetapkan beberapa peraturan yang kamu semua HARUS." Dr. Adam senyap seketika. "No. Wajib patuhi." ucapnya tegas.

Senyap.

"First, sesiapa yang tidak hadir ke kelas saya selama tiga hari berturut-turut tanpa sebab yang sangat-sangat-sangat..." Dr. Adam menjeling ke arah aku. "...munasabah. Means you're out."

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now