Bab 48

79.6K 4.1K 1.2K
                                    

Everyone wants the truth but no one wants to be honest.

'''

Tiga hari berlalu, dan sepanjang tiga hari itu, aku hanya bercakap benda yang perlu sahaja dengan Dr. Adam. Selebihnya, aku memilih untuk mendiamkan diri walaupun bermacam cara yang dilakukan oleh Dr. Adam agar aku bercakap dengannya. Namun, aku pula menggunakan pelbagai cara untuk mengelakkan diri daripada bercakap mengenai hal itu.

Walaupun hakikatnya, aku inginkan kebenaran. Aku ingin tahu semua benda, aku ingin tahu apa yang disorokkan oleh Dr. Adam. Aku ingin tahu semua itu, tapi dalam pada masa yang masa. Aku takut untuk tahu kebenarannya. 

Tapi, kalau dia berlaku jujur dengan aku sekalipun. Aku tidak tahu samada boleh percaya sepenuhnya apa yang dikatakan olehnya. 

Aku... perlahan-lahan sudah mulai meragui rasa kepercayaan yang ada dalam diri aku buat Dr. Adam.

"Kau ada masalah ke Irish?" tegur Adira saat dia mengambil tempat bersebelahan denganku.

Aku pula mengesot sedikit agar Adira selesa dengan kedudukannya sebelum menggeleng lemah. "Tak ada apa pun. Cuma stres sikit sejak akhir-akhir ini."

Adira senyum segaris memandangku, seperti dapat mengagak punca berlakunya stres dalam diriku. "Kalau kau ada masalah, kongsilah dengan aku. Manalah tahu, aku boleh bantu kau."

Aku geleng kepala lemah. "Serius, aku memang betul-betul tak ada masalah." kataku dengan yakin.

"Okeylah. Since kau pun dah bertegas cakap macam tu, aku tak boleh nak buat apa. Lagipun, aku bukan macam Mimi yang suka paksa orang bercerita walaupun orang tu sendiri tak mahu."

"Thanks sebab memahami aku."

"Lebih daripada memahami lagi aku mampu buat kalau kau sudi kongsi masalah kau.." Adira mengusap lembut bahuku sebelum bangun dan beredar pergi meninggalkan aku.

Senyap.

Tidak lama kemudian, aku turut bangun dari dudukku sebelum bergerak naik ke atas kembali. Sebaik sahaja aku naik ke atas, terus aku menarik tangan Adira supaya mengikuti aku.

"So, kau dah ready share masalah kau?" soal Adira sebaik sahaja kami berada di tangga kecemasan.

"Bukan nak share, aku cuma nak tanya pendapat kau."

"Okay, go on."

"Kalau dalam hubungan tu, salah seorang lebih suka memendam berbanding berkongsi dengan pasangan mereka. Kau rasa, kenapa benda tu?"

"Boleh jadi dua benda. Satu sebab dia sendiri rasa benda tu tak penting dan kedua mungkin sebab dia tak mahu pasangan dia tu salah faham."

Aku merengus. "Tapi, bila terungkap benda tu. Bukan ke akan lebih teruk lagi?"

"Well, salah dialah sebab tak fikirkan akibatnya. Ataupun, dia tahu akibatnya tapi still memilih untuk memendam. Orang macam ini, kebiasaannya dia nak jaga hubungan dia dengan pasangan dia."

"Nak jaga hubungan apanya kalau dah terungkap, hubungan akan jadi lebih teruk lagi."

Adira angkat bahu.

Aku senyum sinis. "Kalau kau? Apa yang kau akan buat kalau benda ni jadi dekat kau?"

"Kalau aku, aku akan marah. Tapi, aku tak akan biarkan kemarahan kawal diri aku. Kau tahukan, yang rasa marah tu hanya bertahan selama empat minit sahaja manakala selebihnya itu ego. At first memanglah marah, tapi kalau aku, aku lebih sayangkan hubungan kami. Cuba untuk bagi dia terangkan dulu mengapa dan kenapa dia memilih untuk memendam semua itu."

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now