Bab 25

104K 5.2K 1K
                                    

Adam Ukasyah, anak kedua daripada enam orang adik beradik. Empat lelaki, dua perempuan. Anak pertama iaitu abang kepada Dr. Adam bernama Amirul, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Sekarang berumur 31 tahun dan bekerja sebagai engineer. Anak ketiga, Ashraf yang mengusikku sebentar tadi. Dia sekarang sedang bekerja sebagai freelancer photographer dan berumur 25 tahun.

Anak keempat pula Aril, sekarang menganggur atau lebih tepat membantu Ashraf kerana dia sedang tunggu untuk grad dan berumur 24 tahun. Anak kelima, bernama Zarina berumur 20 tahun dan sedang melanjutkan pelajarannya di USM dekat penang, tengah buat degree. Anak bongsu, bernama Zafira berumur 16 tahun. Bersekolah di sekolah tempat papanya bekerja.

Nama papa Dr. Adam. Zamani, encik Zamani dan mama Dr. Adam bernama Adawiyah.

Such a big family they are.

"Apa yang Kak Irish sedang termenungkan tu?" teguran Zafira menyentak aku yang sedang berfikir akan chat yang Dr. Adam hantar kepadaku.

Semua maklumat di atas yang aku tahu itu adalah kerana mesej yang Dr. Adam hantar kepadaku. Katanya dia, silap dia juga tidak bercerita lebih awal sedangkan itu asas yang paling penting.

"Earth to Irish."

Sekali lagi aku tersentak, sebelum memandang Zafira yang tersenyum manis memandangku.

"Kak Irish ni macam suka mengelamun je. Biasanya orang yang suka mengelamun ni, orang single je. Orang taken, dia sibuk. Sibuk fikir pasal boy/girl friend dia curang ke tidak."

Tersenyum aku mendengar telatah dan omelan Zafira. Nampak sporting saja dan sikit pun tidak kekok denganku.

"By the way, kalau bukan sebab adik. Hubungan kalian berdua tak akan terbongkar tau. Adik sesuai nampaknya jadi penyiasat." ucapnya bangga.

Iya, disebabkan dia. Kalau bukan disebabkan dia. Tak adanya aku duduk dekat sini.

"Nampaklah sesuai sikit." balas aku sekadar mengambil hati adik Dr. Adam.

"Oh iya. Lama sudah adik tertanya-tanya. Kakak Irish dengan abang Adam dah berapa lama bercinta? Kenapa abang Adam tak pernah pun sebut nama kakak sebelum ni?" Zafira menongkat dagu, memandangku.

Terkebil-kebil aku melihat Zafira yang memandangku tepat.

"Sebab... sebab... sebab... kakak yang mintak." aku sengih. "Kakak minta untuk rahsiakan hubungan kami. Adik tahukan, Dr. Adam tu pensyarah dekat kampus kakak."

Zafira angguk. "Kenapa kalau dia jadi lecterur kakak pun? Ada fatwa ke mengatakan yang pensyarah dengan pelajar tak boleh bercinta? Nak-nak lagi kalau masing-masing belum berpunya."

Aku telan air liur yang terasa pasir itu. "Sebab... sebab... sebab... kakak nak fokus. Adik tahukan, yang Dr. Adam tu kegilaan ramai. Tak naklah kakak jadi dimusuhi orang."

Zafira angguk faham. "Tapi at least, bagitahulah kami. Kesian mama, terpaksa tahan telinga bila orang kata anak dia tu gay."

"Kenapa orang kata yang Adam tu gay?" soalku ingin tahu.

"Maklumlah, zaman sekarangkan LGBT melanda. Sebab abang Adam tu tough, ada six pack. Orang kata abang gay sebab abang selalu pergi gym."

"Kaitan sangat pergi gym dengan gay." omelku.

"Of course kak Irish." Zafira melibas rambutnya ke belakang. "Mereka tuduh abang pergi gym sebab nak eye-raping other guy." sambungnya sambil menjuling mata ke atas.

Terlopong aku melihat Zafira.

Perbualan kami terhenti apabila adik beradik Dr. Adam yang lain termasuk Dr. Adam sekali masuk ke ruangan dapur. Tadi, mereka semua pergi mengerjakan solat berjemaah, namun aku dan Zafira tidak boleh solat menawarkan diri untuk menyiapkan meja makan.

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now