Bab 7

99.6K 4.9K 316
                                    

"Dr. Adam panggil."

Cukup dengan hanya tiga perkataan itu, mampu membuatkan bahu aku jatuh. Mampu membuatkan hari aku menjadi tidak bersemangat dengan serta merta. Ini tak lain tak bukan, nak bercakap pasal hari tu lah ni.

Aku memandang pintu yang terdapat tanda nama.

Dr. Adam Ukasyah.

Nama dah cukup cantik dah, rupa pun dah cukup helok dah. Tapi, perangai tu. Nak kena perbaiki dulu. Ini kalau muka molek tapi perangai nauzubillah. Sorrylah, memang tak pandang.

Aku mengetuk pintu kayu itu berkali-kali sehinggalah empunya badan mengizinkan aku untuk masuk. Itu pun lepas berkali-kali aku ketuk.

Aku mengeluh seraya membuka pintu tersebut. "Ada apa Dr. panggil saya?" soalku segera, tiada lagi bengkang bengkok.

"Jangan nak buat lupa. Hal kita dua hari yang lepas belum selesai lagi."

See, kan aku dah cakap. Mesti pasal hari tu punya, kalau tak memang tak akanlah dia nak aku datang jumpa dia. Dan aku pun tak akanlah nak jumpa dia. Cukuplah dua hari tu je.

"Kenapa dengan hari tu? Hari tu, tinggal di situ je. Tak perlu bawa ke hari lain." balas aku mudah.

"Duduklah dulu." arahnya, memandang kerusi yang berada berhadapan dengannya.

"Tak apalah. Saya nak cepat ni Dr., final exam untuk semester ni kan dah nak dekat. Saya nak kena study lagi ni." tolak aku lembut. "Tak boleh nak lama-lama."

"Kenapa kamu nak try adik saya?" soalnya cepat, mungkin takut aku beredar pergi.

"Mana ada."

Dr. Adam berdecit sinis. "You know Irish, berbanding dengan apa yang keluar dari mulut kamu. Saya lebih percaya dengan apa yang keluar daripada mulut orang lain."

Terus?

Gua harus bilang wow gitu?

Aku mengangguk. "Terserah. Tak paksa Dr. untuk percayakan saya pun. Tapi yang pasti, saya cakap benda yang betul. Saya bukannya nak takcle dia. Saya hanya nak try test betul ke tidak."

Dr. Adam meletakkan pen. "Betul ke tidak apanya?" dia menongkat dagu menggunakan kedua belah tangannya.

"Adik awak tu..." aku memandang Dr. Adam atas bawah. "...gay."

Jeda.

Seketika kemudian, Dr. Adam menghamburkan ketawa. Ketawa yang betul-betul ketawa, dia seperti terhibur dengan apa yang aku perkatakan. Aku pula hanya memerhati, tidak berminat untuk gelak sekali. Sebaik sahaja Dr. Adam berhenti ketawa, dia memandang aku serius. 

"Sekarang ni kamu sudah tahu menfitnah orang pula?!" soalnya tegas dan serius. 

"Mana ada saya fitnah. Saya sendiri yang nampak dengan mata kepala saya sendiri yang adik Dr. tu gay. Dia duk bersayang-sayang dengan lelaki. So, kalau Dr. berada di tempat saya pun saya rasa Dr. akan rasa benda yang sama bukan?" 

"Saya tak akan kisah tentang hal orang lain. Jadi, kalau saya berada di tempat kamu sekalipun, saya akan buat-buat tak dengar dan kisah."

"Then, why Dr. nak kena kisah tentang kehidupan saya?" soalku sedikit sinis. 

"Bila masa saya kisah pasal kamu? Jangan nak perasan sangat boleh tak?" 

Aku berdecit sinis. "Sekarang ni pun Dr. tengah kisah pasal kehidupan saya. Tak boleh ke kalau Dr. buat-buat tak tahu ke dengan apa yang berlaku. Tak perlu nak bahaskannya lagi. Lagipun, sekarang ni kita dalam kawasan kampus. Tak perlu nak bawa hal luar masuk sini. Tak profesional sangat." aku terus berpaling membelakangi Dr. Adam kemudian mengorak langkah keluar dari bilik.

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now