Bab 28

86K 4.9K 692
                                    

Some mistakes get made,
That's alright, that's okay


Selesai sahaja kelas untuk hari ini, aku mengambil keputusan untuk melepak di taman sementara mengambil mood sebelum pulang ke rumah.

"Hye, miss president."

Terus sahaja aku mengangkat kepala, memandang gerangan yang menegurku.

"Mmm, kau nak apa ni?" soalku acuh tak acuh.

"Tak ada nak apa-apa. Aku cuma nak bagitahu kau sesuatu--" Wana kemudian menepuk dahinya. Seperti sengaja. "--bukan. Bukan nak bagitahu kau sesuatu. Aku cuma nak bagi kau sesuatu. Hadiah."

Aku menjuling mata ke atas. "Tak payahlah. Aku tak berminat." aku terus bangun dari dudukku. Kacau saja. Orang baru nak tenangkan fikiran, ada saja bala datang.

"Trust me. You will love it." Wana menyekat laluan aku dari terus beredar membuatkan aku dengan automatik break dengan serta merta. "But, even if you're not. I still love it."

"Okey. Apa dia?!"

"Here..." Wana mengangkat telefon bimbitnya sama paras dengan mataku.

Berkerut keningku melihat video yang dimainkan dalam telefon bimbitnya. "Apa motif kau nak tunjuk hutan ni dekat aku? Kau nak cakap tu rumah kawan-kawan kau ke?!" soalku sinis.

"Just wait, sweetheart..." ucapnya bersama dengan nada yang sengaja dijengkelkan.

Video rakaman itu terus bertukar arah, menunjuk persekitaran yang menhijau sehinggalah terhenti di suatu tempat. Di sebuah chalet, dan di dalam video itu. Kelihatan aku keluar dari bilik Dr. Adam dan selang beberapa minit, Dr. Adam pula yang keluar dari bilik tersebut. Kami kelihatan berbual seketika sebelum Dr. Adam melemparkan kunci biliknya kepadaku dan aku kembali masuk ke dalam bilik tersebut.

Shit!

Setahu aku, selepas aku keluar bilik tu. Tak ada orang pun yang perhatikan aku. Kamera apaan ini? Jarak jauh pun gambar masih lagi tetap lawa.

Seriously Irish?! Dalam banyak-banyak hal, kau lebih berminat dengan kamera tu?!

"Apa akan jadi eh? Kalau video ni tersebar?" Wana tersenyum sinis memandangku. "By the way, I wonder. What you guys doing in there?!" Wana memandang aku atas bawah dengan pandangan yang jijik. "No wonderlah, Dr. Adam selalu lebihkan kau, pandang kau je. Sebab kau bagi tubuh kau dekat dia--"

Pang!!!

Terteleng kepala Wana.

"Kau jangan nak kurang ajar eh?!" jerkahku kuat. "Aku tak semurah itu sampai nak bagi badan dekat lelaki begitu saja."

"Kau tampar aku?!" mencerlung biji mata Wana memandangku.

"Because you deserve it." terus sahaja aku mengangkat kaki untuk beredar pergi. Namun terhenti saat Wana bersuara.

"Kalau kau tak nak video ni tersebar. Aku nak kau jauhkan diri kau dari Dr. Adam. Aku rasa dari dulu lagi aku dah bagitahu, kau jangan sesekali nak dekat lebih dengan Dr. Adam. Tapi kau anggap amaran aku itu main-main."

"Lantak kaulah. Kau ingat aku kisah? Lagipun, kau tak tahu cerita sebenar."

"Of course aku tak tahu cerita sebenar. Semua orang tak tahu cerita sebenar. Tapi, kalau mereka tengok video ni. Agaknya, mereka dah boleh agak kut apa yang jadi. Lelaki dan perempuan berduaan dalam satu bilik. What's a joke is, perempuan tu berhijab..." Wana gelak sinis. "Buat malu orang bertudung je kau ni."

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now