Bab 16

88.2K 4.6K 631
                                    

Pintu diketuk berkali-kali sehinggalah kedengaran arahan untukku masuk, barulah aku memulas tombol pintu yang berwarna emas itu. Sebaik sahaja menapak masuk ke dalam bilik itu, aku dapat lihat dengan jelas Dr. Adam sedang menyemak fail-fail yang berada di atas mejanya.

Terasa seperti mengganggu Dr. Adam, terus sahaja aku meminta diri untuk keluar. "Dr. nampak macam busy je. Adalah lebih baik kalau saya tak mengganggu Dr.," ucapku saat Dr. Adam menghalang aku daripada keluar.

"You're not disturbing me Irish. Saya lagi happy adalah." Dr. Adam memperlahankan nada suaranya pada saat dia menyebut ayat terakhirnya itu membuatkan aku terasa sesuatu yang menyentakku.

Apakah itu?

"So, apa tujuan awak ke mari?" tambah Dr. Adam apabila aku hanya diam tidak membalas.

"Uwaiz kata, dia sudah dapat title untuk hari debat nanti. Bila saya minta dengan dia, dia kata saya kena pergi minta sendiri dengan Dr.," aku berhenti seketika, cuba membaca raut wajah Dr. Adam. "Betul ke apa yang dia katakan itu? Dr. tak bagi dia beritahu saya sebab Dr. sendiri yang nak bagitahu saya?"aku memandang Dr. Adam tepat.

Saat itu, terdapat satu perasaan pelik yang menusuk masuk ke dalam hatiku tapi dengan segera aku membuangnya jauh-jauh. 

Dr. Adam angguk berkali-kali, mengiyakan apa yang aku katakan. "Betul. Saya sendiri yang arahkan dia supaya awak datang jumpa saya."

Kening aku berkerut tidak faham. "Why?"

"No reason Irish. I just miss you."

Mata aku terbuntang meluas, kening berkerut rapat. "Hah?!"

"The title is; who is better become a leader and why women are ineffective leaders compared to men."

Aku menggepal genggaman tanganku. Bagus, dengar tajuk je sudah buat aku marah. 

"Hope you do some research and got some point for the debate." sambung Dr. Adam lagi.

"Kenapa Dr. rasa perempuan ni tak layak untuk jadi ketua?" laju sahaja aku bertanya saat Dr. Adam menyelesaikan ayatnya.

Senyap.

Aku mengukirkan senyuman sinis. "I know. We; women are ineffective leaders because we're..." hujung bibir dinaikkan sedikit. "...complicated." senyuman sinisku bertambah. "Am I right?!" kedua-dua belah keningku diangkat, seakan mencabar Dr. Adam untuk mengeluarkan suaranya.

"Sudah tahu. Tanya lagi buat apa." 

Jawapan daripada Dr. Adam membuatkan darah aku mula menggelegak. Boleh dia cakap macam tu?! Baru sahaja aku ingin membalas, suaranya menghentikan perbuatannya.

"I'm not your opponent in this debate. Jadi, tak payah nak cari pasal dengan saya. Pergi berdebat dengan lawan awak."

"Tapi Dr. lelaki, mewakili kaum lelaki. So, automatically Dr. juga seteru saya." sebaik sahaja aku berkata begitu, terus aku berpusing membelakangi Dr. Adam untuk beredar pergi dari situ. Namun, suaranya mematikan langkahku.

"Kenapa awak benci sangat lelaki?"

"Saya dah kata--"

"Saya tak percaya dengan apa yang awak katakan dulu." potong Dr. Adam laju.

"Kalau dah Dr. tak percaya, saya tak boleh nak buat apa-apa. Dalam dunia ni, susah sangat untuk kita mendapat kepercayaan daripada seseorang itu. Kenal bertahun-tahun pun, kepercayaan itu tetap satu hal yang lain. Baguslah Dr. tak percayakan saya." aku menyambung langkahku.

"Apa perasaan awak--"

Langkah aku mati.

"--bila saya datang gantikan Sir Rizwan?" senyap. Dr. Adam seperti sengaja untuk berjeda seketika. "Tell me Irish. Apa perasaan awak bila saya gantikan Sir Rizwan?"

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now