Bab 31

87.1K 4.7K 1.1K
                                    

Aku mengukirkan senyuman kepada tetamu yang hadir, boleh dikatakan hampir penuh ruangan ini dengan kehadiran tetamu yang boleh aku simpulkan juga orang yang bergolongan atasan. Masakan tidak, tengok daripada pakaian, kasut, beg yang berjenama itu pun sudah tahu.

Rumah keluarga Noah ini, boleh dikatakan agak besar juga sehingga ada satu tingkat rumahnya hanya dikhaskan untuk majlis seperti ini. Ruangan ini boleh dikatakan seperti dewan.

"My love from the star.." panggil Noah membuatkan aku tersenyum halus.

"Stop calling me that."  jelingku.

Masih aku ingat dulu, aku mengatakan kepada Noah yang aku betul-betul suka dengan kdrama yang bertajuk 'My love from the star' dan semenjak daripada itu dia sering memanggilku dengan gelaran sedemikian.

"By the way, you belum pergi jumpa dengan mommy dengan daddy ke?" soal Noah sambil mata melilar mencari ibu bapanya.

"Belum sebab tadi, parents awak busy sangat layan tetamu. Malaslah nak ganggu, so saya jalan-jalan dululah." 

"Jomlah. Mungkin sekarang mereka dah tercari-cari you dah. Lagipun lepas ni, daddy akan buat ucapan. Takut nanti tak sempat pula bertemu mata dengan mereka, lagi-lagi mereka tu rindu dekat awak."

Aku sengih kemudian mengangguk sebelum mengikuti jejak Noah mencari parentsnya. Sebaik sahaja ketemu, kami berdua terus menyapa mereka.

"Mommy ... daddy..." panggilku sebelum menghulurkan tangan untuk menyalami mommy Noah a.k.a Puan Sri Khatijah dan aku hanya mengukirkan senyuman kepada Tan Sri Ibrahim.

"Ini pun kamu Arissya, daripada mana je tadi? Puas kami cari." ucap Puan Sri Khatijah sambil menepuk bahuku lembut. 

Aku sengih. "Macam biasalah mommy, jalan-jalan melawat kawasan dulu sebelum masuk ke dalma dewan ni."

PuanSri Khatijah tidak membalas hanya merenungku. "Nanti pun boleh."

"By the way, dekorasi rumah ni dah berbezalah. Atau Ari je yang terlebih perasan?" cepat-cepat aku menukar topik.

"Itulah sayang, lama sangat tak datang sini sampai dekorasi rumah berubah pun tak tahu. Macam dia pulak yang sambung belajar ke luar negara." sampuk Noah laju.

Tanpa banyak cakap, aku terus menyiku perut Noah dan reaksinya sedikit menunduk. Gaya dramatik, acah-acah kesakitan dengan wajah yang sengaja dibuat berkerut persis seperti sedang menahan sakit.

Noah gelak memandangku dan aku hanya menjelingnya.

"Isy, kamu berdua ni. Tak berubah-ubah. Ini, mana adik dengan ibu kamu? Tak datang ke?"

"Mereka tak dapat nak hadir, adik ada exam esok. So, kena study walaupun Ari rasa macam dia tak akan study pun--"

Noah dan keluarganya gelak.

"--Ibu pula kena temankan adiklah. Tak akanlah nak tinggal dia seorang diri dekat rumah."

Perbualan kami berempat tamat apabila Tan Sri Ibrahim terpaksa beredar untuk berucap di atas pentas bersama dengan Noah. Mungkin ingin mengumumkan yang Noah akan menjadi sebagian dari mereka.  Maka, tinggallah aku dan Puan Sri Khatijah berdua.

Macam mana aku boleh bertunang? Macam mana aku boleh kenal mereka sedangkan mereka ini golongan atasan sedang aku hanyalah dari keluarga yang biasa sahaja.

Semuanya bermula apabila ibu aku tidak mempunyai duit untuk mengupah peguam bagi menyelesaikan masalahnya. Untuk bercerai ibu dan lelaki tak guna itu harus turun naik makamah. Bercerai ini bukanlah mudah, apatah lagi apabila makamah kebanyakannya akan lebih berpihak kepada lelaki dan berusaha habis-habisan untuk memastikan penceraian ini tidak berlaku.

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now