Bab 37

86.7K 5.5K 1.8K
                                    

Answer the question below with the correct answer.

Of course, you can choose more than one (if you want to).

Will you marry me, Irish Arissya?

1. Yes
2. Is that even a question? Of course, I will!
3. Definitely, yes
4. Si (yes)
5. Are you kidding me? Hell yes

Sekali lagi aku membaca soalan yang tertera, membuatkan aku menahan diri dari gelak. Aku juga mengemam bibirku, cuba untuk tidak terletusnya tawa halusku.

Ini kali pertama aku tengok orang propose macam ni. Mana entah Dr. Adam dapat idea macam ni untuk melamarku. 

"Irish..." panggil seseorang, suara yang amat aku kenali. Suara yang sentiasa dalam ingatanku sejak akhir-akhir ini. Suara yang aku sangat rindui setelah hampir setahun aku tidak mendengar suarany.

Aku tidak mengangkat kepala, masih menunduk. Takut, malu dan semua benda bercampur menjadi satu.

Selang beberapa saat, terdapat baldu merah yang terbuka diletakkan di atas meja kemudian ditolak lembut ke arahku.

Penuh perlahan, aku mengangkat kepalaku memandang Dr. Adam yang turut berdiri di hadapanku. Sempat aku melihat sekeliling dewan kuliah ini, kebanyakan pelajar berdiri di hadapan dewan, hanya Sabrina yang berdiri agak jauh dari mereka dan sedikit hampir denganku.

Kening aku berkerut rapat melihat senyuman misteri semua orang.

"Awa- Dr. ke yang plan semua ni?"

"Eh taklah. Pakcik cleaner dekat luar dewan tu, cincin ni pun untuk makcik cleaner sebenarnya. Saja dia bagi dekat saya." selorohnya

Aku menjuling mata ke atas. "Jadi, tak ada kuiz pun hari ini kan?"

"Irish, please. Can we focus on our situation right now?"

Aku mencebik.

Kantoi. Memang sengaja aku mengubah topik kami kerana aku rasa takut. Perasaan yang aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk aku ungkapkan. Atau mungkin kerana aku begitu berdebar.

"Just say your answer Irish. It's okay. Saya terima dengan hati yang terbuka."

Aku menggenggam erat pen yang berada di tangan kananku, sebelum penuh perlahan aku membulat nombor tiga sedangkan soalan menyuruhku untuk membulat perkataan.

"Damn, I tried my best to avoid the 'no' word, but how can I forget that this is Irish? She's wicked." gumam Dr. Adam dan aku cuba sehabis mungkin untuk menahan gelakku.

"Three." aku mula bersuara. "Three words, stand for, yes I will. And also three words. Three words that you've been waiting for so long..." aku mengukirkan senyuman manis. "I love you." aku menikam lembut anak mata Dr. Adam.

Perlahan-lahan Dr. Adam mengukir senyuman. Senyuman kegembiraan.

Aku yang melihat senyumannya juga turut tersenyum lebar.

"Babe, three words are so simple. Why does it take you a long time to say it."

"Bersyukurlah saya yang cakap dulu..!!" aku menjelingnya.

"Hey.. Hey.. Jangan lupa kami semua masih di sini." sampuk Sabrina dan terus aku dan Dr. Adam memandang mereka semua.

"Congratulations...!!" ucap mereka semua serentak.

Aku sengih. "Awak upah berapa mereka ni?"

"Nope. They're supportive."

Aku menggeleng kepala sebelum kembali melihat kertas soalanku. Melihat masih ada satu pipi muka surat yang tidak aku belek, terus sahaja aku membelek muka surat terakhir itu.

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now