Bab 46

90.4K 4.1K 1.3K
                                    

"To be trusted is a greater compliment than being loved." 

'''

Sebaik sahaja melihat bayangan Sabrina, terus sahaja aku bangun dari dudukku dan berlari mendekatinya dan melepaskan sebuah pelukan saat kami bertentangan.

"I miss you so much Sabrina cantik." ucapku yang masih lagi dalam pelukan Sabrina.

"Me too." balas Sabrina dan juga turut sama membalas pelukanku.

Senyap.

"Okey dah. Sampai bila kau nak peluk aku ni?" Sabrina melepaskan pelukan kami. "Kau tu tak apalah dah kahwin. Aku ni yang masih single mingle."

"Kaitan sangat dengan kita yang berpelukan tadi." cebikku.

"Kaitan sangat-sangatlah. Kan, tak pasal-pasal orang ingat aku ni lesbian." bebel Sabrina.

"Kau ni, belum apa-apa lagi dah start membebel."

"Ah kau, sembang bukan main. Dalam chat, bukan main merungut cakap rindukan bebelan akulah. Apalah. Sekarang bila dah jumpa marah pula." jeling Sabrina tajam.

"Kau ni, macam tak tahu je yang aku ni suka mengayat kau."

"Banyaklah kau punya mengayat.."

Aku dan Sabrina berhenti berbual seketika saat pelayan datang mengambil pesanan kami berdua. Sebaik sahaja selesai dan pelayan tersebut berlalu pergi. Aku dan Sabrina sambung berbual mengenai pengalaman masing-masing di tempat kerja.

Sedang kami berbual-bual, telefon aku kedengaran.

Ting!

Sabrina memandang aku dengan senyuman mengusik. "Siapa yang mesej kau? Kesayangan ke?"

"Sibuk je nak tahu.." balasku yang sedang mengambil telefon dari handbagku.

"Eh, biarlah aku."

"Kau nak tahu, kena kahwin dulu." sindirku sebelum mata fokus memandang screen telefon.


Adam Ukasyah :
Abang ada meeting dengan Qalisya. Don't worry, urusan kerja je sayang. Love you.


Tersenyum aku membaca chatnya itu.

Tidak aku sangka yang Dr. Adam mengambil serius dengan apa yang aku katakan beberapa minggu yang lepas kerana selepas daripada itu. Dia sentiasa menghantar mesej kepadaku mengenai aktiviti sehariannya.

Pada awalnya, aku sedikit rimas dan memberitahunya yang dia tidak perlu begitu straight macam pembaris tapi Dr. Adam tetap Dr. Adam. Tak pernah nak dengar kata orang.

"Kalau iya pun bahagia, janganlah lupa aku yang berada depan kau ni."

Terletus tawa kecilku memandang Sabrina. "Jangan risau, aku masih ingat kau." balasku sambil meletak kembali telefon ke dalam handbag.

"Kau nampak makin bahagia."

"Habis, kau nak suruh aku makin sedih ke macam mana ni?"

"Ini yang aku malas nak bercakap dengan kau ni. Akan jadi macam inilah." 

Aku gelak. "Rileks ah, kau jangan ah serius sangat." 

"Irish..." panggil Sabrina dengan penuh lembutnya.

Membuatkan aku memandangnya dengan pelik. "Kau dah kenapa panggil aku macam tu?" soalku bersama dengan raut wajah yang kebingunan.

"Saja ah, aku panggil lembut-lembut ni sebab tak nak bagi kau terasa dengan apa yang aku nak cakapkan ni." 

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now