Special Chapter - The Ends

66K 3.1K 1.7K
                                    

Sebaik sahaja memastikan semuanya selesai, aku meninggalkan dapur yang sudah dikemas itu sebelum mengambil anak kunci yang tersangkut di dinding berhampiran dengan pintu keluar. Sempat mengerling jam di tangan yang menunjukkan ke arah jam satu petang.

Pukul dua Irdina balik dari sekolah. Irsyad yang tidak sihat aku tinggalkan di rumah sahaja bersama dengan abang iparku Ashraf. Tidak lupa juga aku harus mengambil Adrian dan Ulya di pusat pengasuh yang tidak jauh dari sini.

Sebaik sahaja memastikan semuanya tertutup rapi, aku berlalu ke kereta. Sempat menghadiahkan senyuman kepada jiran di sebelah kananku yang sedang menyusun pakaian.

"Sudah nak balik ke Irish?" soalnya, sekadar bertegur sapa.

Aku senyum. "Ha-ah. Nak ambil anak-anak. Lagipun, hari ini saya bagi balik awal semua. Mungkin sebab cuaca sedikit panas hari ini, tambah pula dengan bulan ramadan, semua jadi penat kut." ceritaku.

Oh! Aku harus kongsikan berita gembira ini kepada semua. Sebaik sahaja aku selesai membuat master setahun yang lepas. Aku mula berjinak dalam bidang perniagaan dalam membuat roti dan kek. Semuanya gara-gara Irdina yang harus membawa bekalan ke sekolah sempena sambutan majlis akhir tahun.

Kata Irdina, dia tidak mahu membawa bekalan seperti bihun, mi atau makanan yang nak dimakan harus menggunakan pinggan. Dia ingin aku membuat makanan yang telah siap dibungkus dan senang untuk dibawa balik jika tidak habis.

Aku mula berfikir untuk membuat cupcake, roti dan sedikit biskut.

Selepas dari itu, Irdina balik membawa khabar berita baik yang mengatakan semua rakan dan cikgu amat menyukai makanan yang dibuat olehku. Katanya sangat lembu dan gebu, biskut juga sangat sedap dimakan. Malah, ada guru yang ingin membuat tempahan dariku kerana kebetulan waktu itu akan memasuki bulan ramadan.

Pada awalnya, aku menolak namun atas nasihat dari suamiku. Aku akhirnya bersetuju. Bermula dengan satu oven, kepada dua kemudian menjadi tiga. Sehinggalah pada akhirnya, Adam menyuruh aku mencari kedai untuk disewa sebagai dapur kerana dia ingin membeli oven yang lebihbesar bagi memudahkan aku.

Aku tidak fikir panjang, terus sahaja bersetuju kerana aku sendiri suka dengan pekerjaanku itu. Lagipun, bekerja sendiri ini aku boleh meluangkan masa bersama dengan suami dan anak-anak dengan lebih lama berbanding berkerja office hour.

Lagipun, sekarang dunia perniagaan semakin berleluasa.

Bagaimana pula dengan sijil degree dan master yang aku ada? Adakah sia-sia aku belajar hampir enam tahun untuk mendapatkannya namun akhirnya aku bekerja sebagai bakery?

Tidak langsung. Malah aku tidak pelik.

Bukan ke, pekerjaan yang kita dapat akan sentiasa berbeza dengan apa yang kita ambil waktu degree. Apa orang kata, lari bidang.

Dr. Adam pula, dia ingatkan aku akan menjadi pensyarah sepertinya. Namun, aku mengakhiri angan-angannya dengan berkata yang aku tidak mahu menyambung pengajianku hingga ke PhD. Cukuplah setakat master, dan aku sepenuhnya ingin fokus menjadi baker.

Otak aku dah malas nak berfikir, lagipun usia aku bukannya makin bertambah muda namun bertambah tua. Tiba masa untuk aku fokus sepenuhnya kepada anak-anakku dan suamiku.

"Baiklah kak, saya balik dulu ya." pamitku lalu masuk ke dalam kereta dan beredar pergi.

Irdina sudah masuk darjah satu, dia bersekolah tidak jauh dari tempat aku bekerja. Kadang-kadang aku akan menyuruh Irene untuk ambil Irdina lalu letakkan dia di bilik khas yang aku sediakan jika aku terpaksa pulang lambat ke rumah.

---

"Mama!"

"Yes, baby." sahutku yang berada di dapur.

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now