Bab 49

81.8K 4.5K 2.7K
                                    

"It's hard to trust when all you have from the past is evidence of why you shouldn't."

'''

Setiap apa yang keluar dari mulut Zafira dan Zarina hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiriku. Sedikit pun aku tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka. Yang ada dalam fikiranku kini hanyalah hubungan aku dan Dr. Adam.

Berbaikkah aku dengan dia?

Aku sendiri tidak tahu jawapannya. Selepas perbincangan yang tak seberapa nak berbincang tempoh hari yang dia kurung aku dalam bilik stor tu. Kami berdua masih dingin namun kurang sedikit kerana kami berdua sudah kembali tidur dalam satu bilik. Namun untuk bergurau senda seperti sebelum ini, masih belum walaupun aku tahu Dr. Adam sedang berusaha untuk memulihkannya.

Tapi aku masih kecewa dengan Dr. Adam, dan aku nak tahu cerita sebenar. Aku tahu masih ada yang tidak selesai dalam ceritanya itu.

"Kak Irish okey tak ni? Adik tengok macam tak okey je."

Tersentak aku saat Zafira menepuk lembut bahuku. "Okey je. Kakak okey je.." aku gelak halus. "Sorry, termenung pula tadi."

"Kak Irish menungkan apa? Rindukan abang Adam eh?" usik Zafira bersama dengan senyuman nakalnya.

Aku pula tidak membalas hanya mengukirkan senyuman halus sebelum menggeleng lemah. "By the way, bila majlis nak start ni?"

"Tunggu abang Mirul datanglah."

Aku angguk.

Hari ini, abang kepada Dr. Adam iaitu Amirul telah membuat majlis aqiqah untuk anaknya yang baru sahaja lahir sebulan yang lepas. Jadi, dua tiga hari ini aku dan Dr. Adam bermalam di rumah keluarganya untuk membuat persiapan.

Pada awalnya, aku tidak ingin menyertai majlis ini namun takut mentua aku dapat syak yang aku dan Dr. Adam tidak begitu dalam keadaan yang baik. Terus sahaja aku setuju. Tapi, itu tidak bermaksud yang aku telah melupakan semuanya.

Hati aku masih susah untuk menerima semua ini walaupun Dr. Adam telah menerangkan semuanya.

"Kak Irish..." sekali lagi aku dikejutkan oleh Zafira. "...abang Adam panggil. Kakak tak dengar ke?"

"Oh, iya ke?" aku sengih halus. "Kakak naik dululah." aku meminta diri sebelum hilang dari pandangan Zafira.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik kami, kening aku diangkat sebaik sahaja Dr. Adam menyapa pandangan mataku.

"Kenapa?" soalku tanpa nada.

"Baju abang. Sayang letak mana?"

Aku mengeluh. "Dalam almari." jawabku senada sebelum bergerak menuju ke almari dan membukanya. Baju melayu milik Dr. Adam aku tarik keluar. Namun, belum sempat aku berpusing ke belakang untuk memberi baju tersebut kepadanya, pergerakan aku terhenti apabila belakang aku dipeluk erat oleh Dr. Adam.

"Sayang..." penuh syahdu Dr. Adam menyebutnya.

Air mata aku mula bertakung. Bibir dikemam rapat, dan anak mata aku mula meliar untuk mengelakkan air mata daripada terus menitis.

Aku berdehem. "A... emm apa awak ni." aku cuba untuk melepaskan diri daripada terus terperangkap dalam pelukannya namun Dr. Adam menguatkan lagi pelukan.

"Sayang. Sampai bila kita nak macam ni?"

Senyap.

"Jangan seksa abang sampai macam ni sekali. Abang dah tak sanggup dah. Mmmm?" Dr. Adam meletakkan dagunya ke atas bahuku. "Baby, I love you. Don't you love me?" 

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now