Bab 22

94.4K 4.9K 510
                                    

Aku memandang langit yang gelap dan suram itu, keadaannya persis sepertiku. Gelap dan suram. Tapi, tak selamanya langit yang gelap dan suram itu kekal sebegitu, mereka berubah namun kenapa tidak aku? Kenapa aku juga tidak berubah menjadi bercahaya?

"Kau okay?" soal Sabrina saat dia mengambil tempat di sebelahku. Sempat dia hulurkan mug yang berisi air kepadaku.

Aku hanya menyambut huluran air itu, namun tidak pula meminumnya. "I wish I could say that I'm okay." gumamku perlahan sambil tersenyum kelat.

Sabrina hanya senyap tidak membalas. Mungkin, dia juga terkedu mendengar apa yang terjadi dalam hidupku. Tadi, sewaktu aku bergaduh dengan Bella di depan dewan kuliah, aku tidak sedar yang pintu terbuka sedikit menyebabkan semua manusia yang ada dalam dewan kuliah mendengar pertelingkahan antara aku dan Bella.

"Bukankah lelaki ini dicipta sebagai pelindung kepada wanita?" aku menunduk, menahan sebak dengan mengemam bibirku. "Tapi, kenapa pula sebaliknya yang berlaku?" air mata aku jatuh sesaat sahaja aku menghabiskan ayatku.

"Maybe they think, they own the world?" 

"Tak semestinya harus menyakiti wanita." balas aku perit, cuba menutup rasa yang masih berbekas.

"I know. Tapi, masih ada segelintir yang tidak seperti itu." 

"Rasanya, dalam dunia kita kini. Kemungkinan segelintir itu hanyalah sebesar kumam. Tipis dan nipis sekali untuk dapat lelaki seperti itu."

Jeda.

"Akhirnya, terjawab persoalan kau selama ini kenapa aku terlalu bencikan lelakikan?" aku memandang Sabrina dan mengukirkan senyuman keperitan. "Aku hidup dan dibesarkan tanpa seorang bapa. Aku hidup bertiga dan ketiga-tiganya adalah perempuan. Kami tak membesar dan tidak mengharapkan bantuan daripada kaum lelaki."

"We do need them."

"Dalam 'we' itu tidak termasuk aku." 

***

Kening aku tertaut rapat saat melihat susuk tubuh yang mengangguku sejak akhir-akhir ini. Masuk hari ini, sudah hampir seminggu susuk tubuhnya berada di tempat aku berada. Tidak tahulah samaada kebetulan atau dirancang. Aku sendiri tak ada jawapannya.

"Irish... We need to talk." pintanya tidak putus-putus.

"Sekarang pun, kita tengah bercakapkan?" aku mengambil buku yang diinginkan kemudian bergerak menuju ke meja yang aku duduki untuk mengulang kaji pelajaran.

"No. I mean, about what happened last month." Dr. Adam mengikutiku.

Langkah aku mati. "Jangan. Cakap. Pasal. Apa. Yang. Berlaku. Bulan. Lepas." ucapku satu persatu-satu dan aku betul-betul memaksudkannya. 

"Fine. Saya tak mention pun pasal tu." Dr. Adam mengambil tempat bertentangan denganku yang sudah pun duduk. "Saya nak minta maaf."

Aku membelek buku. Mencari maklumat yang aku inginkan. "And.. what's that for?" tanpa mengangkat wajah memandangnya, aku bertanya.

"Benci sangat ke awak dekat saya sampai dah tak sanggup nak tengok muka handsome saya ni?" 

Okay, dalam rajuk dia tu masih terselit kata-kata pujian untuk dirinya.

Hampir sahaja aku menjuling mata ke atas namun cepat sahaja ditahan. Faham akan situasi sekarang kami perlu berlagak serius. Seketika kemudian, aku mengangkat mukaku memandang Dr. Adam. "Ada saya kata ke yang saya benci Dr.? Tak adakan?" aku mengangkat kedua belah keningku.

"Sikap awak tu."

Aku mengeluh. "Saya tak benci Dr. pun."

"Tapi kenapa awak lari daripada saya?" laju sahaja Dr. Adam menyoal, sudahlah menggunakan nada tidak puas hati. Seperti pacar lelaki yang merajuk dengan kekasihnya. 

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now