Bab 40

99.4K 4.6K 597
                                    

Maaf andai kau terluka,
Maaf ku tak sengaja,
Tanpa sedar... sakitimu

Sesalku...

Maaf kerna aku pun terluka,
Pintaku hanya peluang kedua,
Rasa cinta darimu...

Aku menutup lagu yang sedang dimainkan oleh DJ di radio itu. Sempat lagi aku menjeling tajam ke arah radio tersebut seperti dia juga turut bersalah dalam hal ini.

"Sudah kenapa semua benda aku buat asyik dengar perkataan maaf eh?!" omelku kasar sambil menghentak kasar stereng keretaku. "Tak akanlah aku nak kena minta maaf dulu?!!" aku mengeluh kasar.

Sedang enak aku membebel, dengan tiba-tiba kereta aku ditahan oleh sekumpulan polis dan askar yang sedang bertugas. Aku yang tidak bersedia dengan kehadiran mereka menelan air liur.

Lupa pula yang PKP masih sedang berjalan, aku pula selamba badak pergi jalan-jalan atas jalan raya lepas je balik kerja. Konon nak buat long driving sebab nak hilangkan stres.

Hah! Ambik kau, stres lain pula yang timbul.

Aku mengukirkan senyuman seraya menurunkan cermin kereta.

"Nak pergi mana ni?!" soal polis itu tegas.

"Saya nak pergi supermarket. Beli barang dapur, dekat rumah saya tu barang basah dah habis dah. Jadi, tadi lepas balik dari kerja terus rasa nak pergi supermarket..." aku sengih segaris. "...tuan."

"Ketua keluarga tak ada ke?"

"Ketua keluarga tengah on the way, nak jadi ketua keluarga. Kami sepatutnya dah kahwin tapi disebabkan mematuhi arahan PKP ni. Kami tangguhkannya dahulu." kelentongku. "Lagipun, saya tinggal seorang diri dekat rumah sewa." tambah lagi satu pembohonganku.

Polis itu hanya senyap memandangku tajam. Aku pula masih setia membuat muka sedih.

"Awak tahukan supermarket dan kedai serbaneka hanya berkuatkuasa sampai pukul lapan malam sahaja?"

Aku angguk berkali-kali. "Tahu tuan, MKN selalu mesej saya walaupun saya tak pernah reply mesej dia." jawabku mudah.

"Baiklah. Kamu boleh jalan."

"Maksud tuan, boleh pergi. Kalau jalan, saya kena keluar berjalanlah." gurauku namun yang aku dapat hanyalah wajah serius polis tersebut. "Sorry.." aku menundukkan sedikit kepalaku sebelum perlahan-lahan melepaskan break kaki dan kereta mula bergerak. 

Aku sengih buat kali terakhir sebelum mengangkat cermin kereta dan kaki kanan mula menekan minyak supaya kereta bergerak lebih laju.

Sebaik sahaja aku berada jauh dari mereka, terus sahaja aku melepaskan hembusan nafas kelegaan. Tidak boleh bayangkan aku kalau kena saman ataupun masuk penjara. 

Orang lain masuk penjara sebab buat kesalahan berat, tapi aku masuk penjara sebab dah langgar arahan PKP untuk duduk rumah.

Pffff, penjenayah yang berada dalam tu pun boleh gelak berguling-guling aku rasa.

Stereng dipusing ke kanan sebelum aku masuk ke satu lorong yang menuju ke kawasan rumah Dr. Adam. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumahnya, aku memarkingkan kereta di bahu jalan sebelum keluar dari perut kereta.

Melihat rumah yang bercahaya itu, aku tahu yang dia ada di rumah. 

Semalam aku rendahkan ego, mengajaknya untuk bertemu mata dan membincangkan semula tentang hal ini. Tapi, boleh pula dia tak reply?!!

Nasib baiklah read receipts tu aku ditutup olehku, kalau tak memang naik hantu aku kalau dia bluetickkan aku.

Rumah teres dua tingkat yang berwarna putih dan sedikit kelabu itu aku pandang dengan mata yang berapi. Dulu, setelah dua minggu kami bertunang. Dia membawa aku ke rumahnya, dan memberitahuku yang dia bukanlah anak orang kaya yang mempunyai rumah banglo sendiri. 

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now