Bab 14

89.3K 5.6K 1.1K
                                    

Hujung mataku menikam tajam Dr. Adam yang sibuk berbual-bual dengan ibu dan Irene. Dia nampak macam selesa, tak nampak janggal langsung macam dah jumpa berbelas tahun. Aku pula yang macam orang luar dekat sini.

"Nakal ke Irish ni Dr.?" soalan daripada ibuku membuatkan aku terus memandang ibu dengan terkejut. Soalan luar alam gila ibu tanya ni. 

Aku memandang Dr. Adam, dan seperti berjanji dengannya. Dia turut memandang aku. Aku sempat menangkap hujung bibirnya terukir senyuman halus. Ish! Ini mesti nak kenakan aku ni. Matilah aku sekejap lagi nak kena dengar ibu membebel.

"Nakal tu perkara biasa untuk pelajar. Jadi, saya rasa sifat nakal tu memang dah wajib ada dalam diri setiap pelajar."

Jawapan daripada Dr. Adam menyebabkan aku menaikkan hujung bibir atas di bahagian kanan. Muka menyampah aku tayangkan namun dengan segera aku meneutralkannya saat ibu memandang aku.

"Irish ni memang nakal. Sejak dari kecil lagi."

Hah! Sediahkan popcorn anak-anak. Ada orang nak buka hikayat lama ni.

"Ibu, bila nak makan? Irene dah lapar ni." sampuk Irene membuatkan aku tersengih lega. Tidaklah ibu buka cerita zaman aku kanak-kanak dulu.

Korang boleh simpan balik popcorn korang tu.

"Jomlah. Ralit pula berbual-bual." ibu mula bangun dari duduknya kemudian memapah Irene masuk ke dapur.

Aku pula ikutan bangun kemudian diikuti oleh Dr. Adam. Beberapa langkah sebelum aku masuk ruangan dapur, aku menghentikan langkah aku. Dr. Adam juga turut berhenti apabila aku berpaling memandangnya.

"Saya bagi A+ untuk lakonan Dr. yang sangat mantap itu. Pernah berlakon teater ke dulu?" soal aku sinis.

"Saya suka ibu awak, dia baik. Macam tak percaya pula dia lahirkan orang seperti awak. Perangai macam langit dengan bumi." Dr. Adam terus melintasi aku kemudian masuk ke dapur.

Aku pula terlopong mendengar balasan daripada Dr. Adam. Beberapa saat kemudian, aku turut melangkah masuk ke bahagian dapur. Semua sudah mengambil tempat masing-masing, tinggal aku seorang sahaja.

Tapi...

Yang aku nak marahnya. Kenapa? Kenapa? Kenapa mesti aku?!

Dan aku kaku di tempat aku berdiri. Tidak berganjak.

"Duduklah Irish. Kenapa pula tercegak dekat situ?" gesa ibuku membuatkan aku merengus.

Terus sahaja aku mengambil tempat di sebelah Dr. Adam. Iya, jangan terkejut. Nanti tolong ingatkan aku untuk beli meja makan yang lagi besar. Bukannya meja yang betul-betul muat untuk empat orang duduk.

Selesai sahaja Dr. Adam mengaminkan doa, kami berempat terus menjamu selera. Tapi, sudah semestinya aku seorang je yang tak ada selera untuk makan.

"Maaflah kalau saya bertanya, tapi suami mak cik dekat mana?"

Senyap.

Pergerakanku terus sahaja mati daripada menyuap nasi ke dalam mulut. Aku terkedu mendengar soalan daripada Dr. Adam.

Melalui hujung mata, dapat aku lihat ibu menundukkan kepalanya.

"Mati." jawab aku beku seraya menyambung kembali menyuap makanan ke dalam mulut.

Dr. Adam pula terkedu dan terkejut. Dia seperti rasa bersalah. "Maafkan saya kerana bertanya. Saya tak tahu."

"Tak apalah. Makanlah, jangan malu-malu."

Suasana kembali senyap.

"Macam mana dengan orang yang langgar adik tu? Dia sudah ditangkap ke?" soal Dr. Adam lagi. 

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now