Bab 12

99.6K 5.1K 368
                                    

Scene ni tertinggal untuk previous chapter selepas mereka tamat membuat persembahan malam kebudayaan.

###


Sabrina menghulurkan kertas yang dilipat empat kepadaku. Aku pula mengambil kertas tersebut dengan tidak bersemangatnya, sebab aku sangatlah tidak bersetuju dengan aktiviti ini. Sesiapa yang rancang aktiviti ni, memang nak kena pergi hospital agaknya.

Jam sudah berganjak ke dua pagi, dan kami masih lagi berkumpul di dalam dewan ini. Persembahan sudah selesai, pemenangnya masih menjadi rahsia. Oleh kerana, malam ini malam terakhir. Kebanyakan pelajar bercadang untuk stay up, maka wujudlah aktiviti sampah ini.

Aku merengus.

"Kenapa? Kau dapat siapa sebagai partner kau?" soal Sabrina apabila dia mendengar aku mendengus kegeraman.

"Belum. Tak ada mood aku nak tengok siapa dan sertai aktiviti macam ni."

Sabrina sengih. "Relaks Irish. Lagipun, best apa aktiviti ni? Kita akan rasa dilindungi." sengihan Sabrina melebar.

Aku mencebik.

Mesti kau orang semua tertanyakan aktiviti apa? Aktiviti sampah ni digelar night walk.  Tapi, night walk tu tak sampah. Yang menjadikannya sampah sekarang ni, bila mana perempuan dipasangkan dengan lelaki. Bodohkan?!

Katanya, nak biar perempuan tahu dan rasai yang diri mereka itu perlukan perlindung daripada lelaki. Double stupid.

"Bukalah weh! Kau seorang je yang belum tengok nama siapa yang jadi pasangan kau."

Aku menghulurkan kertasku kepada Sabrina. "Kau tengoklah siapa, aku tak ada mood nak tengok."

Sabrina menyambut huluran kertas tersebut. Tanpa banyak bunyi, dia membuka kertas yang dilipat itu. Saat melihat nama yang tentera, dia memandang aku dengan muka yang persis seperti melihat hantu.

Kening aku berkerut. "Kau kenapa?"

"Dasyat weh! Memang selalu macam ni eh? Orang yang kata tak nak itulah yang selalunya akan dapat." Sabrina mengangkat kertas tersebut ke muka aku.

Dr. Adam.

Mulut aku terlopong meluas. "Dia bukan student, kenapa nama dia pun ada sekali?" soal aku tidak puas hati.

"Oleh kerana pelajar perempuan ramai lima orang. Kita orang terpaksa masukkan sekali nama lecterur supaya masing-masing cukup berteman." jawapan daripada Sabrina membuatkan aku terasa nak pukul orang yang suggest benda ni.

"Kita tukar."

"No way. Aku dah suka dengan partner aku ni." Sabrina mengambil tangan aku kemudian meletakkan kertas tersebut ke tapak tanganku.

"Bukan kau suka Dr. Adam ke?"

"Iya. Tapi suka je, bukannya cinta."

"I'm okay with everyone but not him." aku membuat muka kesian. "Please Sabrina cantik, tolong aku."

Belum sahaja Sabrina menjawab, kami berdua didatangi oleh Dr. Adam dan Amir. Kening aku berkerut pelik melihat mereka yang dengan tiba-tiba datang ke arah kami.

"Kami berdua je tak ada partner lagi. Boleh aku tahu, mana satu partner aku? Since hanya kau orang berdua je yang masih belum berpasangan, then aku dapat rasakan salah seorang daripada kau orang mesti pasangan aku."

Aku memandang Sabrina. Meminta belas kasihan. Sabrina yang ketika itu juga turut memandangku mengangkut halus. Membuatkan aku tersenyum bahagia.

Tapi, belum pun sempat Sabrina bersuara, dengan tiba-tiba Dr. Adam merampas kertas yang berada di tangan aku. Tidak sempat aku menghalang perbuatannya itu.

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now