Bab 17

85.6K 4.8K 158
                                    

Kalah menang.

Adat permainan. 

Akan ada kalah dan akan ada yang menang. Untuk kes aku ini, aku mendapat kekalahan. Tapi, kadang-kadang kekalahan itu memberi semangat untuk aku bangkit kembali. Kalah sekali, tak bermakna aku akan kalah buat selama-lamanya.

Dua minggu telah berlalu selepas hari pelantikan presiden, dalam tempoh dua minggu itu juga aku terpaksa membuat muka yang tidak terkesan apabila geng-geng Uwaiz mengejekku. Aku sendiri pelik sebenarnya, kenapalah mereka benci sangat dekat aku? Bagi mereka, aku punya kesengsaraan itu ibarat satu kemenangan buat mereka.

"Kau okay?" soalan daripada Sabrina menyentak lamunan aku. "Pelik aku, sejak dua menjak ni kau asyik mengelamun je."

Aku senyum tipis. "Kau tahu kenapa." balas aku sambil bermain-main dengan pen yang berada di atas meja. "Peliklah, tak pernah-pernah Dr. Adam lambat. Hari ni, pecah rekod pulak. Dia yang lambat, bukan student." aku memandang Sabrina. "Nak tak kalau kita halau dia bila dia masuk dalam dewan kuliah ni nanti?"

Mata Sabrina membulat. "Kau gila ke apa?!"

"Iyalah. Kalau pelajar lambat, dia boleh halau. Kenapa bila dia lambat, kita tak boleh nak buat benda yang sama?" aku mengukirkan senyuman sinis.

"Kalau pelajar yang tak masuk tu, kira dialah yang rugi. Tapi, kalau Dr. Adam yang tak masuk. Itu kita yang rugi!!!"

Aku menjuling mata ke atas.

Seketika kemudian, pintu dewan dibuka dari luar. Semua mata termasuk aku mengalihkan pandangan memandang satu arah iaitu Dr. Adam yang masuk. Aku hanya memandang wajahnya seketika, yang menarik perhatian aku kini ialah helaian kertas yang agak banyak yang dipegang olehnya kini.

Kening aku berkerut rapat.

Dr. Adam meletakkan barangnya ke atas meja. Dia memandang seluruh dewan kemudian tunduk membelek helaian kertas yang dibawanya sebentar tadi. "First of all, saya minta maaf kerana terlambat. Bahagian photostat ada masalah teknikal menyebabkan saya terpaksa tunggu untuk semuanya selesai dengan baik."

Dr. Adam bergerak menuju ke hujung dewan kemudian dia menghulurkan kertas kepada pelajar perempuan yang berada di situ.

"Saya tetap nak buat kuiz hari ni, jadi saya memilih untuk tunggu sehingga selesai. Tapi, disebabkan kita agak kesuntukan masa. Saya akan tanda dekat whiteboard beberapa soalan yang kamu semua tak perlu jawab."

Suasana dewan mula bising apabila mendengar perkataan kuiz daripada Dr. Adam. Malahan aku sendiri juga kehilangan kata.

"Bukan ke Sir Rizwan sudah ajar banyakkan sebelum saya ambil alih? Mestilah boleh jawabkan?" Dr. Adam tersenyum tipis. "Diakan, lecterur yang terbaik." sambungnya seraya mengukir senyuman manis.

Tangan kananku yang berada di atas paha digenggam kuat. Wajahku pula menunjukkan riak tidak senang. "Jerk."

"Matilah aku. Aku dahlah tak buat revision pun lagi." bebel Sabrina sambil membelek-belek buku buat kali yang terakhir.

Aku hanya memandang telatah Sabrina, tidak faham kenapa perlu belek buku tanpa membacanya. Adakah bila kita hanya membelek buku tersebut, kita akan dapat jawab soalan tu?

Tangan kananku diangkat tinggi, menarik perhatian Dr. Adam yang sedang membahagikan kertas kepada setiap kerusi yang berada di hadapan.

"Yes?"

"Bukan ke sepatutnya, Dr. bagitahu kami semua dulu untuk adakan kuiz? At least, kami semua boleh prepare. Tak perlulah buat secara mengejut macam ni."

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now